Miss Simple
D'Owner



Assalamualaikum and Hello ! The name is Nurul Syafiqa . Welcome to my Fanfiction . Just be who you are :)
Diary About Links

D'Stalker




D'Credits


Template by : Atirah Hayati
Image by : WeHeartit|Cute Secrets
Best view : Google Chrome



Bab 26

   Syafiqa hendak memulakan projeknya pada hari ini. Dia sudah menyinsing lengan bajunya hingga ke siku lalu membasuh kedua-dua tangannya. Ji Yong meninggalkan ruang tamu lalu menghampiri Syafiqa. "Awak nak buat sekarang ke?" "Taklah tahun depan", Syafiqa memulangkan paku buah keras. "Amboi, kenakan kita balik ye", ujar Ji Yong. Syafiqa hanya tersengih. Ji Yong sudah bersiap sedia untuk membantu Syafiqa membuat kuih raya.

   "Ok, kita akan mulakan dengan cornflakes madu ye", kata Syafiqa. "Yes, ma'am", balas Ji Yong bersungguh-sungguh. Syafiqa hanya tergelak kecil. Mereka pun memulakan acara memasakan. Sesekali, Syafiqa akan melihat buku resipi yang berada di sebelahnya. Ji Yong setia mematuhi segala arahan yang diberikan oleh Syafiqa. " Saya rasa kan cornflakes ni macam kurang manislah", ujar Syafiqa. Ji Yong berasa sedikit hairan. "Macam mana awak tahu benda tu kurang manis?" soal Ji Yong. 'Alamak ai, macam mana ni nak cakap?' desis hati Syafiqa. "Hah, macam mana awak tahu? Cuba jawab soalan saya ni hah", pinta Ji Yong setelah beberapa ketika Syafiqa mendiamkan diri. "Ooh, awak tak puasa eh?" sambungnya lagi.

   "Bukan macam tulah.. Alah susahlah saya nak cakap", balas Syafiqa. Syafiqa menaip papan kekuci di telefon lalu menunjukkannya kepada Ji Yong. "Ooh, barulah saya faham", Ji Yong bersuara. Wajah Syafiqa sudah merona kemerahan. Apalah hai mamat ni, orang tengah red flag ni..keluhnya. Setelah beberapa ketika, akhirnya siap jugalah cornflakes madu ni. Selesai meletakkan kuih tu ke dalam bekas, mereka pun mula menyediakan bahan-bahan untuk membuat kuih almond london pula. Syafiqa berasa kasihan pula apabila melihat kesungguhan Ji Yong membantunya padahal dia sedang berpuasa.

   "Awak pergilah rehat, ye? Kasihan pula saya tengok awak ni hah", suruh Syafiqa bernada perlahan. "Tak pelah lagi sikit je ni. Takkanlah saya nak biarkan awak buat semua ni sorang-sorang", balas Ji Yong. 'Alahai, romantiklah pula dia ni' puji Syafiqa di dalam hati. Mereka melepaskan lelah di kerusi setelah disiapkan segala kerja. Syafiqa mencapai handphonenya yang berada di kabinet. "Awak nak buat apa tu?" tanya Ji Yong. "Nak ambil gambar, pastu post kat facebook", jawabnya selamba. "Ambiklah gambar saya juga", pinta Ji Yong. "Tak naklah saya", tolak Syafiqa.

   "Kalau macam tu, jom selfie berdua", ujarnya lagi. "Lagilah saya tak nak", balas Syafiqa. "Please...", rayu Ji Yong sambil mengedip-ngedipkan matanya. 'Aku tak tahan betullah bila dia buat macam tu. Rasanya tak pelah kot. Bukannya aku nak post masuk facebook pun..' desisnya di dalam hati. "Hmm, yalah", Syafiqa memberikan persetujuan. Mereka berdua pun mengambil gambar selfie bersama-sama.

   Syafiqa melihat beberapa keping gambar yang telah diambil. Dia rasa macam nak tergelak pun ada. Kelakar betul muka si Ji Yong ni. Buat 'duck face' pula. "Kenapa pula awak tersengih-sengih ni. Tahulah awak tergoda melihat wajah saya ni", puji Ji Yong. 'Eh, apasallah mamat ni isi bakul angkat sendiri. Geram pula telinga aku mendengar' desis hati Syafiqa."Nanti awak hantar gambar tu kat saya tau. Saya nak buat kenang-kenangan. Akhirnya Syafiqa hanya mampu mendiamkan diri saja, makin dilayan makinlah dia melalut. Malas nak dengar dia punya celoteh tu. Dan hari tersebut berlalu dengan senyuman yang tidak lekang daripada Ji Yong.



0 message from u
Bab 25

   Syafiqa membantu ibunya menyediakan juadah berbuka puasa. Pelbagai makanan yang sudah terhidang di atas meja. Murtabak, roti john, tahu panas, badak berendam, kuih ketayap, karipap, popia dan banyak lagi. Ini semua kehendak Ji Yong. Katanya bila sampai di Malaysia, dia ingin mencuba semua makanan yang terdapat di sini. Kalau tak dihalang oleh Syafiqa, memang Ji Yong nak mengangkut semua makanan di situ, termasuk dengan khemah-khemahnya. Tapi nasib baiklah perkara itu tidak terjadi. Jam menunjukkan ke angka 7.12 p.m.

   "Shafiq! Buka radio cepat!", jerit Syafiqa dari dapur dengan suara nyaringnya. Shafiq hanya menurut. Shafiq berlari menuju ke dapur dan duduk di tempatnya. Semua sudah sedia mengangkat tangan untuk membaca doa. Ji Yong hanya menurut semua perilaku manusia di situ. Selesai membaca doa, mereka semua meneguk air. Ji Yong mengambil sebiji kurma lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Semua orang berebut untuk mengambil makanan yang dikehendaki. Bagaikan berperang di meja makan. Ji Yong hanya memerhatikan tingkah ahli keluarga di situ yang makan dengan menggunakan tangan.

   Ji Yong pandang pula pada sudu dan garpu yang berada di tangannya. Dia meletakkan sudu dan garpu di tepi meja. Dengan perasaan teragak-agak dia meletakkan tangannya di pinggan. Dia menguis-nguis nasi di pinggan dengan tangannya.Ji Yong memandang ke arah Syafiqa yang menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.Ji Yong meniru cara Syafiqa menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Syafiqa mengerling ke arah Ji Yong.
Makanan yg berada di dalam mulutnya hampir tersembur keluar melihat kelakuan Ji Yong yang menyuap makanan dengan teragak-agak. Setelah beberapa kali berlatih, Ji Yong sudah mula membiasakan diri makan dengan menggunakan tangan.

   Setelah selesai makan malam, Syafiqa membasuh pinggan dan mengelap meja makan. Ji Yong yang sedang duduk di kerusi makan hanya memerhatikan segala perbuatan Syafiqa. Dia hanya tersenyum sendiri. Syafiqa yangg perasan akan pandangan seseorang terus berpaling menghadap Ji Yong. "Kenapa saya rasa awak macam tengok saya je ni?" "Kenapa nak tengok pun salah ke? Suka hati sayalah", jawab Ji Yong.Syafiqa hanya mencebik dan berlalu pergi. 'Hmm, comel betul kalau buat muka macam tu', puji hati Ji Yong.
Dia pun melangkah pergi dan bersiap sedia untuk tidur kerana jam sudah menunjukkan angka 10.00 malam.

_________________________________________________________________________________

   Kini, sudah genaplah hari yang ke 23 berpuasa. Syafiqa sedang menyelak sebuah buku resipi yang berada di tangan. Ji Yong yang terpandang akan gadis itu terus melabuhkan punggung di sisinya. "Awak tengah buat apa tu?" tanyanya. "Tengah tanam pokok ni ha ", sindir Syafiqa. "Tak payah nak loyar buruk dengan sayalah. Macamlah saya tak tahu awak tengah baca buku", balasnya. "Habistu, kenapa tanya lagi? Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula", hah kan dah keluar pantun dia. Ji Yong hanya tersengih. Jejaka itu memandang gambar -gambar yang ada dalam buku tersebut. Macam kuih je semua ni?

   "Hmm, awak nak buat kuih raya ke?" soal Ji Yong. "Ha'ah, kenapa?". "Bila awak nak buat?" tanyanya lagi. "Bila-bila pun boleh, tapi tak ada cukup bahan lah", kedengaran sedikit kecewa di pendengaran Ji Yong. "Kalau macam tu, cepatlah siap-siap", pinta Ji Yong. "Kenapalah pula. Awak nak bawa saya pergi mana pula ni?" "Pergi pasar raya lah nak beli bahan-bahan. Awak kan nak buat kuih raya". "Bila? Sekarang ke". "Taklah, tahun depan", sindir Ji Yong sambil tersenyum. "Yalah, yalah saya siap sekarang. Tunggu kejap". Setelah bersiap ala kadar dan menyarung sandal. Mereka pun memulakan perjalanan setelah mendapatkan green light daripada ibu.

   Ji Yong menolak troli sambil berjalan beriringan dengan Syafiqa yang sedang memilih bahan-bahan yang hendak dibeli. Dia bercadang hendak membuat cornflakes madu dengan almond london buat sementara waktu ni. Setelah membeli barang-barang, mereka pun berjalan mengelilingi kedai-kedai di situ. Ji Yong meminta diri untuk ke washroom sebentar. Dia berjalan keluar daripada washroom tersebut dan mencari kelibat Syafiqa, tetapi tidak kelihatan. Matanya meliar mencari dan akhirnya terpandangkan sesusuk tubuh yang dikenali. Dia pun menghampiri gadis itu.

   "Adik, janganlah nangis lagi. Kita cari emak adik sama-sama ok? Emak adik pun mesti tengah cari adik juga sekarang ni", pujuk Syafiqa. Barulah Ji Yong mengerti sekarang mengapa Syafiqa tiba-tiba menghilangkan diri. Kanak-kanak itu masih belum berhenti menangis. Orang-orang yang berada di sekeliling dah pandang semacam. Ji Yong melutut sambil tersenyum manis ke arah kanak-kanak perempuan itu. "Adik, janganlah nangis lagi ok? Nanti abang belikan adik anak patung ya? Janganlah nangis lagi. Nanti dah tak comel", pujuk Ji Yong. Kanak-kanak perempuan tu dah terpesona melihat senyuman Ji Yong dan terus berhenti nangis. 'Amboi budak ni, bila aku pujuk tak nak pula berhenti nangis. Bila si tampan ni pujuk automatik berhenti nangis' desis hati Syafiqa. Hatinya telah terbuai-buai apabila melihat Ji Yong melayan kanak-kanak itu.

   Ji Yong mempunyai sifat kebapaan yang mendalam. Dia dapat melihat itu di dalam anak mata Ji Yong setiap kali memandang anak kecil. Syafiqa tersedar apabila Ji Yong mengawang-awangkan tangannya. "Dahlah tu tengok saya, jom bawa budak ni pergi kaunter pertanyaan", ujar Ji Yong sambil tersengih. Syafiqa berdeham untuk menutup rasa malunya. Beberapa minit setelah pengumuman diumumkan tentang kanak-kanak tersebut didapati sepasang suami isteri menghampiri mereka berdua.

   "Terima kasihlah ye, encik, puan. Saya tak dapat nak balas budi baik encik dan puan ni. Terima kasih banyak-banyak", ujar wanita itu. 'Eh sekejap, dia panggil aku puan tadi? Maksudnya dia sangka yang aku ni isteri si tampan ni?' desis hati Syafiqa. "Tak de papelah. Saya cuma buat apa yang patut je", balas Ji yong sambil memandang ke arah kanak-kanak yang sedang bermain dengan anak patung yang dibelikan olehnya tadi. "Cantiknya, isteri encik ni. Comel je saya tengok. Semoga berbahagia ye", ujar wanita itu. Suaminya hanya tersenyum dan mengekori langkah isterinya. Hati Ji Yong berbunga riang apabila dikatakan Syafiqa ini isterinya. Dia hanya tersengih ke arah Syafiqa. Jantung Syafiqa sudah buat kerja lebih masa apabila melihat senyuman Ji Yong itu. Dia pun berjalan meninggalkan Ji Yong yang sedang menolak troli ke luar daripada pasaraya itu.

   

0 message from u
Bab 24

   Sekarang, sudah masuk waktu tengah hari. Dan perut Ji Yong semakin kuat berkeroncong. Ji Yong berbaring di sofa sambil menahan perutnya yang kelaparan. Ji Yong hanya memerhatikan Syafiqa dari tadi. Tidak penatkah dia? Tidak hauskah dia? Tidak laparkah dia? Itulah soalan yang berlegar-legar di kepalanya. Tadi gadis itu, mengvacuum rumahnya, kemudian mengemop. Selepas itu membasuh cadar, kemudian menjemurnya pula. Ji Yong yang melihatnya pun sudah penat

   Syafiqa yang sudah membereskan kerjanya menghampiri Ji Yong. "Awak lapar sangatkah?", tanya Syafiqa. "Lapar tu memanglah lapar", jawab Ji Yong. "Kalau macam tu, awak nak buka puasa ke?" tanya Syafiqa lagi. Ji Yong berfikir sebentar. 'Sedangkan gadis kecil molek yang banyak buat kerja ni boleh berpuasa mengapa dia tidak boleh pula?' desis hati Ji Yong. "Tak pelah, saya rasa saya boleh lagi tahan lapar ni. Janganlah risau", jawab Ji Yong. "Yalah", balas Syafiqa lalu menonton televisyen. Ji Yong akhirnya terkulai di atas sofa dengan perutnya yang berkeroncong.

   Ji Yong tersedar apabila jam sudah menginjak ke angka lima petang. "Ibu, Yun nak pergi beli barang buka puasa kejap. Byebye", ujar Syafiqa lalu menyalam ibunya. Ji Yong memerhatikan Syafiqa yang sedang mencari kuci motor. "Awak nak pergi mana?" soal Ji Yong. "Nak pergi bazaar Ramadhan. Nape?" jawab Syafiqa. "Sekejap", balas Ji yong sepatah. Ji Yong berlari menuju ke singki dan membasuh mukanya. Kemudian dia menyisir rambutnya dengan sikat. "Jom", ajak Ji Yong sepatah. "Pergi mana?" soal Syafiqa terpinga-pinga. "Pergi bazaar lah", jawab Ji Yong selamba. "Awak nak ikut ke?" tanya Syafiqa lagi. "Yalah. Dah jangan banyak tanya lagi", pinta Ji Yong. "Ayah, tengok Ji Yong ni, dia nak ikut Yun", ujar Syafiqa memandang ke wajah ayahnya. "Biarlah. Dah pergi cepat", jawab si Ayah. Ji Yong tersenyum kemenangan.

   Syafiqa mula menghidupkan enjin motor. "Tepi, tepi", halau Ji Yong. "Kenapa pula?" soal Syafiqa. "Habistu awak nak saya duduk belakang awak. Awak tak takut ke kalau saya ada buat apa-apa", Ji Yong menjongketkan keningnya beberapa kali. Terserlah kenakalannya. "Yalah, yalah", Syafiqa akur. Ji Yong memakai helmetnya manakala Syafiqa membuka pagar. "Jom!", ujar Syafiqa bersemangat sekali. "Tak nak pakai helmet ke cik adik?" tanya Ji Yong lalu mencapai helmet yang berada di rak kasut. Syafiqa meraba-raba kepalanya lalu tersengih. Ji Yong menarik Syafiqa supaya mendekatinya. Ji yong menyarungkan helmet ke kepala Syafiqa. Syafiqa terpana menatap mata Ji Yong. "Sudah sudahlah tu tengok saya. Saya sedar yang saya ni terlampau hensem", usik Ji Yong. Syafiqa termalu sendiri. "Tak nak naik ke?" soal Ji Yong. Syafiqa teragak-agak untuk duduk di belakang Ji Yong. Syafiqa akhirnya akur.

   "Janganlah bawa laju sangat", ujar Syafiqa. "Apa!! Tak dengar!!" jerit Ji Yong. "Janganlah bawa motor laju sangat", jerit Syafiqa menguatkan suaranya. "Awak nak suruh saya bawa laju lagi! Ok!" pekik Ji Yong. Ji Yong membawa motor dengan lebih laju lagi. 'Mamat ni pekak ke apa?' rungut hati Syafiqa. Syafiqa berpegang kuat di tempat duduk belakang. Sampai di suatu bukit, badan Syafiqa hampir melayang. Syafiqa cepat-cepat memaut pinggang Ji Yong. Syafiqa memejamkan matanya rapat-rapat. Ji Yong hanya tersenyum. "Dah sampai", ujar Ji Yong lalu mematikan enjin motor. Syafiqa masih memegang kemas baju Ji Yong.

   "Nampaknya ada orang tak nak turun ni", Ji yong berkata perlahan. Syafiqa terus melepaskan pegangannya. Wajah Syafiqa sudah merona panas. Ji Yong hanya tersenyum kecil. Syafiqa menonong jalan ke hadapan. Ji Yong berlari mendapatkan Syafiqa. "Takkanlah helmet pun nak dibawa sekali", kata Ji Yong. Syafiqa masih menundukkan wajahnya malu dengan kerenahnya sebentar tadi. Ji Yong memaut dagu Syafiqa. "Macam mana orang nak buka helmet kalau asyik tunduk aje", bebel Ji Yong. Setelah helmet dibuka oleh Ji Yong, Syafiqa terus berjalan meninggalkan Ji Yong. Ji Yong mengejar langkah Syafiqa.

   Syafiqa membeli kuih-muih yang menepati seleranya. Ji Yong asyik merenung seorang perempuan yang sedang mendukung anaknya. "Awak, kenapa dia tutup muka dia dengan kain?" soal Ji Yong menyentuh bahu Syafiqa. Syafiqa memandang ke arah tempat yang ditujukan oleh Ji Yong. "Oh, dia pakai purdah", jawab Syafiqa meneruskan langkahnya. "Kenapa dia pakai purdah?" tanya Ji Yong lagi. "Kerana dia memelihara wajahnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. Dan wajahnya hanya untuk suaminya", jelas Syafiqa. "Apa hukumnya memakai purdah", Ji Yong bertanya lagi. "Wajah, dan telapak tangan bukanlah aurat bagi seseorang wanita. Tetapi menutupnya adalah lebih utama", balas Syafiqa. 'Indahnya agama Islam' desis hati Ji Yong. Selesai semuanya Ji Yong menghidupkan enjin motor dan menunggangnya balik ke rumah.

 


0 message from u
Bab 23

   Syafiqa bangun pada pukul 4.00 pagi untuk memanaskan makanan yang berada di dalam peti sejuk. Siap semuanya, Syafiqa mencedok nasi lalu dimasukkan ke dalam pinggan. Tibalah masanya, untuk dia mengejutkan semua orang di dalam rumahya. "Nurin, Adawiyah, bangun!"jerit Syafiqa. Ibu Syafiqa pula mengejutkan Encik Zulkifli. Syafiqa melangkah ke ruang tamu pula. Syafiqa mengejutkan Shafiq dengan menggoyang-goyangkan tubuhnya. Syafiqa mendekati pula Ji Yong. "Ji Yong, bangunlah.. Bangun cepat. Nanti tak larat pula nak puasa. Bangunlah cepat!!", jerit Syafiqa di telinga Ji Yong. Sebenarnya, haritu Ji Yong ada berkata dengan Syafiqa untuk cuba berpuasa. Dan pada waktu ini, Syafiqa akan melaksanakan permintaan Ji Yong itu.

   Shafiq yang terdengar jeritan nyaring Syafiqa terus bangun dan menuju ke dapur. Manakala Ji Yong membalutkan semua tubuhnya dengan selimut. Oleh kerana berasa geram, Syafiqa menarik selimut Ji Yong sekuat hati. Ji Yong menggenggam kemas selimutnya dan menarik kembali selimut itu. Apalah sangat kudrat perempuan berbanding lelaki, akhirnya Syafiqa terjatuh di sebelah Ji Yong. Ji Yong hanya tersengih kecil lalu duduk memerhatikan gadis yang sedang merenung tajam ke arahnya. "Nampaknya, awak yang cuba nak menggoda saya ni", ujar Ji Yong lalu mengenyitkan matanya. Syafiqa hanya mendengus geram.

   Semua ahli keluarga sudah berada di meja makan. "Kenapa lambat sangat kamu berdua ni?" tanya ayah. "Syafiqa tu, dia tak nak bagi saya bangun", ujar Ji Yong. "Mana ada, dia menipu. Ayah percayalah cakap dia ni", balas Syafiqa menjegilkan mata ke rah Ji Yong. "Ayah memang percaya pada dia. Yun tu bukannya boleh tengok orang handsome sangat, nanti termimpi-mimpi", ujar ayah lalu tergelak. Ceh, kembang sudah mamat di sebelah ni digelar hensem. 'Tapi, memang betul pun dia handsome' bisik hati nakal Syafiqa. Selesai semuanya, Syafiqa menanti azan Subuh berkumandang dengan membaca novel. Kemudian, dia menunaikan solat Subuh dan melelapkan matanya di atas katil.

   Syafiqa bangun pada pukul 8.00 pagi. Dan harini merupakan hari pertama berpuasa bagi seluruh umat Islam. Syafiqa menjemur kain di ampaian,dia melipat kain yang diangkat dari ampaian semalam. Syafiqa melipat kain sambil menonton drama Korea. Syafiqa meletakkan kain yang sudah dilipat ke dalam bilik semua orang. Dia sekarang ingin memberikan baju Ji Yong yang sudah dilipat di dalam bilik Shafiq. Ji Yong menumpangkan barang-barangnya di dalam bilik Shafiq. Tadi, Shafiq ada berkata bahawa dia ingin bertemu dengan kawannya.

   Syafiqa yang menyangkakan di dalam bilik Shafiq itu tiada orang terus menerjah bilik itu. "Aaah!", jerit Ji Yong terkejut. Di hadapannya kelihatan seorang jejaka yang hanya memakai tuala di pinggangya sedang terkejut. Syafiqa yang baru tersedar terus melepaskan kain baju yang dipegang ke laintai. Ji Yong mendekati Syafiqa dengan pandangan mata yang sukar ditafsirkan. "Awak ni memang nakal kan", ujar Ji Yong perlahan. Syafiqa hanya mendongak memerhatikan rambut basah Ji Yong yang menitik mengenai mukanya. "Saya minta maaf, saya memang tak ada niat nak buat macam tu. Saya ingatkan tiada orang di dalam bilik. Tu yang saya terjah tu", jelas Syafiqa lalu menelan air liurnya. "Ya ke?" provok Ji Yong sengaja ingin mengusik Syafiqa. "Ya. Takkanlah saya nak bohong", jawab Syafiqa gugup.

   "Habistu, kenapa awak datang ke bilik saya ni?" tanya Ji Yong lalu mencari baju yang hendak dipakai di dalam bagasi. Baju-bajunya masih belum dikemaskan. "Saya datang ni, nak bagi baju awak", Syafiqa menyuakan tangannya. "Eh, mana baju tadi?" soal Syafiqa pelik. Ji Yong memuncungkan mulutnya menunjukkan ke lantai. "Alah.. Dah kena lipat semula", rungut Syafiqa sambil mengumpulkan baju-baju di lantai ingin kembali ke ruang tamu. "Nanti dulu, tak payah nak lipat kat ruang tamu, lipat je kat sini. Sambil-sambil itu awak tolong masukkan baju saya dalam bagasi tu ke dalam almari", perintah Ji Yong.

   "Ek, eleh sesuka hati je memerintah orang. Awak tu bukannya suami saya", balas Syafiqa berani. 'Memang saya akan menjadi suami awak suatu hari nanti' bisik hati Ji Yong. "Alah, dengarlah cakap orang. Degil betul", jawab Ji Yong. Syafiqa hanya menurut dan duduk di lantai sambil melipat kain. Ji Yong manyarung bajunya lalu memerhatikan cara duduk Syafiqa. "Kenapa awak duduk macam katak?" soal Ji Yong pelik. "Kenapa? Suka hati sayalah nak duduk macam mana. Sibuk je", jawab Syafiqa. Kemudian, Syafiqa mengemaskan baju-baju Ji Yong lalu dimasukkan ke dalam almari. 'Ceh... macam isteri mithali nampak' puji dirinya sendiri. Syafiqa ingin melangkah keluar kerana telah selesai tugasnya. Ji Yong berdehem. "Terima kasih banyak-banyak", jawab Ji Yong lalu tersenyum menampakkan eyesmilenya. Syafiqa terpana sekejap lalu menganggukkan kepalanya.
 

0 message from u
Bab 22

   Seorang kanak-kanak perempuan yang bertudung hitam membuka pintu pagar dengan senyuman. "Adawiyah!!" jerit Syafiqa. "Kakak!!" jerit Adawiyah pula. Syafiqa terus menarik Adawiyah ke dalam pelukan. Setelah pelukan dileraikan Syafiqa memperkenalkan Ji Yong kepada Adawiyah. "Bawa balik suami nampak", Adawiyah menyakat. Syafiqa hanya menjegilkan matanya. "Ibu! Kak Yun dah sampai dengan bakal suami dia", jerit Adawiyah dengan suara nyaringnya. Walaupun Adawiyah baru berusia 10 tahun, tetapi apabila bercakap macam orang tua.  "Hah, bawalah masuk", suara ibu menyahut dari dapur. Syafiqa menarik bagasinya dengan susah payah sehingga ke muka pintu.

   Syafiqa mendapatkan ayahnya yang sedang berbaring di sofa sambil menonton televisyen. "Ayah.." ujar Syafiqa lalu menyalami ayahnya dan diikuti oleh Ji Yong. Syafiqa melangkah menuju ke dapur dan terus memeluk ibu yang sedang memasak. Ibu hanya tersenyum dan berpaling. Setelah Ji Yong dan Syafiqa menyalami ibunya dia melangkah kembali ke ruang tamu.

    "Ayah, boleh tak kalau si Ji Yong ni bermalam kat rumah kita untuk 2 atau 3 hari. Lepas tu, dia boleh pergi check in kat hotel?" tanya Syafiqa sambil mengerling sekilas ke arah Ji Yong. Ji Yong hanya merenung pelik ke arah Syafiqa. Setahunya dia tidak cakap apa-apa pun dengan Syafiqa tentang hal ini. Nampaknya gadis ini memang pandai membuat keputusan tanpa meminta pendapatnya. "Mana boleh", jawab ayah dengan wajah yang serius. Syafiqa dan Ji Yong terkedu.

    "Ada pula layan tetamu macam tu. Tidur ajelah kat sini terus, tak payah nak pergi check in kat hotel tu. Yun ingat murah ke nak sewa bilik kat hotel tu? Hmm", sambung ayah. Ji Yong tersenyum kemenangan, manakala Syafiqa sudah cemberut mukanya. "Habistu, masa Yun call ayah tu, ayah cakap boleh?" Syafiqa tidak puas hati. "Ayah, cuma ikutkan aje permintaan Yun. Bila tengok muka si Ji Yong ni, macam baiklah pula. Tak sampai hati nak suruh dia tidur hotel", ujar si bapa. Ceh! Syafiqa sudah memuncung, dia melangkah masuk ke dalam biliknya untuk mengemas barang-barang di dalam bagasinya. Ji Yong hanya sambung berbual dengan ayah Syafiqa. Di dalam benaknya masih ada persoalan yang masih tidak dapat dijawab oleh dirinya.

   Syafiqa melangkah keluar menuju ke dapur untuk makan malam setelah bersolat Maghrib. Semua ahli keluarganya sudah berkumpul. Tadi, selepas mengemas barang-barangnya dia terus terbongkang tidur di atas katil yang sudah sekian lama tidak berpenghuni. Setelah memperkenalkan Ji Yong kepada ahli keluarganya dia membantu Nurin mengemas dapur. "Handsome seh, pak we Yun", puji Nurin melambung. Syafiqa meletakkan tangannya di bahu dan memandang ke atas. Nurin hanya ketawa kecil. "No comment", jawab Syafiqa.

   Jam sudah menginjak ke angka sebelas. "Hah, jangan lupa niat puasa. Dan jangan lupa bagun sahur esok", pesan ayah. Ayah dan Ibu sudah masuk ke dalam bilik mereka. "Saya nak tidur kat mana malam ini?" bisik Ji Yong kepada Syafiqa. Tidak mahu mengganggu Shafiq, Nurin dan Adawiyah yang sedang menonton movie di channel HBO. Syafiqa hanya bangun dan masuk ke dalam biliknya. Syafiqa kembali sambil meletakkan toto, selimut dan bantal ke lantai. Ji Yong terlongo sekejap. "Tidur kat sini?" soal Ji Yong. "Yalah, habistu takkanlah awak nak tidur kat bilik saya pula", tanya Syafiqa kembali. "Boleh ke?" pinta Ji Yong. "Ewah, banyak handsome muka awak", balas Syafiqa lalu melangkah pergi.

   Ji Yong tersengih sekejap. 'Dia cakap aku handsome' bisik hati Ji Yong. Ji Yong membentangkan toto di hadapan televisyen. Adawiyah dan Nurin sudah masuk ke dalam bilik. Shafiq juga masuk ke dalam biliknya. Ji Yong dikejutkan dengan kedatangan Shafiq yang membawa bantal lalu berbaring di sebelahnya. "Malam ni, aku nak tidur kat sini, sebab nak tengok bola pukul 3.00 pagi nanti. Lagipun, kesian aku tengok, kau tidur kat sini sorang-sorang", ujar Shafiq. Ji Yong hanya mengangguk dan berfikir sebentar. Semenjak Syafiqa balik ke Malaysia, dia seperti agak dingin dengan Ji Yong. Tetapi semasa di Korea, bukan main lagi lemah -gemalai berkata-kata. Dan satu lagi persoalannya ialah, siapakah Yun itu? Ji Yong hanya menjongketkan bahunya kerana tidak dapat menjawab persoaln di fikirannya.

0 message from u
Bab 21

   Pada petang itu, Syafiqa pergi ke Cafe Secret Garden untuk mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan daripada Seung Hyun. Dia amat berharap agar permohonannya diterima oleh bos yang kacak dan tinggi lampai itu. Syafiqa melangkah keluar daripada bilik bos itu dan menuju ke tempat Hyun Woo. "Macam mana? Lulus ke? Dia marah tak?" tanya Hyun Woo bertalu-talu. Hyun Woo dapat mengagak daripada riak muka kecewa dari wajah itu.

   "Macam mana ni, Hyun Woo..." ujar Syafiqa sambil menggoyang-goyangkan lengan Hyun Woo. Hyun Woo hanya mendiamkan diri bersama perasaan gusar. Syafiqa melihat reaksi Hyun Woo lalu tersenyum kecil. "Tak de lah. Saya saja je.. Bos luluskan" kata Syafiqa. Hyun Woo menjegilkan matanya lalu berpaling sambil memeluk tubuh. "Janganlah macam ni.. Saya gurau saja", pujuk Syafiqa. Hyun Woo tidak menunjukkan sebarang reaksi. "Hyun Woo...." meleret suara Syafiqa memanggil nama Hyun Woo. Hati Hyun Woo cair lalu berpusing menghadap Syafiqa. Hyun Woo memang tidak boleh merajuk lama-lama dengan Syafiqa. Gadis itu bagai tahu untuk memujuk dirinya kembali.

   "Lain kali, janganlah buat macam ni. Buat saspen je" ujar Hyun Woo lalu tersenyum manis. Syafiqa hanya mengangguk dan menyambung kerjanya membuat jus. "Kalau boleh saya pun nak ikut awak balik Malaysia. Tapi saya rasa saya nak luangkan masa dengan eomma appa saya", jelas Hyun Woo sambil membancuh kopi. "Oooh.." respon Syafiqa sambil mengelap cawan yang telah dibasuh. "Nanti mesti saya akan rindukan awak", bisik Hyun Woo menghentikan kerjanya dan merenung Syafiqa. Syafiqa terkedu memandang Hyun Woo. "Janganlah nak merepek", balas Syafiqa perlahan. Syafiqa tamat syifnya pada pukul 5.00 petang.Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada pekerja-pekerja di Cafe Secret Garden, Syafiqa berjalan mendapatkan teksi.

   Selesai makan malam, Syafiqa mengemas barang-barang yang perlu dibawa balik. Dia begitu teruja ingin pulang ke Malaysia. Ryha, Zul, Zirah, Najwa dan Ain akan pulang beberapa hari kemudian, maksudnya mereka akan pulang semasa bulan Ramadhan. Katanya ingin menguruskan beberapa hal sebelum pulang ke Malaysia. Ini mesti mahu berjumpa dengan kekasih hati. Nani dan Saki juga baru pulang dari ber'dating' dengan Sungjae dan Zelo. Sebulan tu tak jumpa, nanti takut rindu sampai berguling-guling. Esok, Ji Yong akan datang ke rumah untuk menjemput kami dan pergi ke 'airport'. Maklumlah dia kan ikut sekali. Setelah selesai semuanya Syafiqa mula melelapkan mata di atas katilnya.

   Syafiqa menarik bagasinya turun dari tangga dan melangkah ke dapur. Dia duduk bersebelahan dengan Nani yang sedang bersarapan. Saki sedang menyental kuali di singki. Syafiqa mula menyuap nasi goreng ke dalam mulut lalu menyisip teh di dalam cawan. Kedengaran hon dibunyikan di luar rumah. Saki pergi mendapatkan tetamu yang hadir. Saki melangkah bersama Ji Yong ke dapur. Ji Yong duduk di hadapan Syafiqa dan tersenyum manis. "Kenapa awak datang awal? Kan lagi satu jam", soal Syafiqa. "Saja, nanti tak kelam-kabut", selamba dia menjawab. "Jemputlah makan, Ji Yong", ujar Saki sambil menolak pinggan yang berisi nasi goreng. Setelah bersarapan, Syafiqa membantu Ji Yong memasukkan barang ke dalam kereta Ji Yong.

   Setelah Nani mengunci pintu rumah, Ji Yong mula memandu meninggalkan perkarangan rumah itu.Setibanya di 'airport' Ji Yong membantu Syafiqa menarik bagasinya. "Ji Yong, habistu bagasi kitaorang?" soal Nani. "Sorry eh. Tangan dah penuh", jawab Ji Yong selamba sambil berjalan beriringan dengan Syafiqa yang sudah jauh ke depan. Nani hanya mencebik. Syafiqa membantu Ji Yong memasukkan beg ke dalam tempat yang disediakan. 'Kenapalah aku kena duduk sebelah dia ni' rungut hati Syafiqa. Syafiqa amatlah tidak berkenan kena duduk di sebelah Ji Yong. Kalau Syafiqa tertidur, dan air liurnya meleleh. Mana nak sorok muka ni. Nani dan Saki pula duduk di seat sebelahnya."Kenapa tak duduk lagi, flight dah nak berlepas", ujar Ji Yong sambil menepuk-nepuk sofa di sebelahnya. Syafiqa hanya akur.

   Kapal terbang mula berlepas dan sepanjang tempoh itu, Ji Yong asyik bercerita. Pada awal penerbangan saja Syafiqa melayan celotehnya, tetapi sekarang mahu membuka mulut pun susah kerana merasa penat dan mengantuk. Suara Ji Yong bagaikan sedang mendodoi Syafiqa. Syafiqa akhirnya terlena dan kepalanya mendarat di bahu Ji Yong. Ji Yong hanya tersenyum dan membiarkan saja. Ji Yong mengambil gambar Syafiqa supaya dapat dijadikan kenangan.

   Syafiqa tersedar apabila tayar kapal terbang yang bergeser dengan permukaan tanah. Dia terus mengangkat kepalanya dan terhantuk dengan kepala Ji Yong. "Sorry", pinta Syafiqa dengan rasa bersalah. Ji Yong hanya menggosok-gosok kepalanya dan memberikan senyuman. "Dah sampai ke?" soal Syafiqa memandang ke arah Ji Yong. "Belum lagilah", jawab Ji Yong.  Mungkin kapal terbang ini akan berhenti buat seketika. Di lapangan terbang mana pun dia tidak pasti. Setelah mengisi perut, kapal terbang sekali lagi berlepas.

   "Yayy, dah sampai JB!!", jerit Syafiqa sambil menarik bagasinya keluar dari 'airport'. Tadi Nani ada meminta ibu bapanya menjemput kami semua di Lapangan Terbang Skudai. Dan sekarang, ibu bapa Nani sudah menanti kami. Nani berlari mendapatkan ibu bapanya. Syafiqa, Saki dan Ji Yong hanya menghampiri dan menyalami ibu bapa Nani.

   Syafiqa berasa sangatlah lapar kerana perutnya berkeroncong minta diisi. Dan Ji Yong yang sedang duduk di sebelah hanya menyembunyikan senyuman. Nani meminta agar ibu bapanya memberhentikan kereta di kedai mamak, atau KFC atau Mcdonald atau sewaktu dengannya. Ayah Nani hanya menurut dan membelanja kami semua makan di KFC. Dan sekali lagi Ji Yong duduk di sebelah Syafiqa semasa menjamu selera. Perjalanan yang agak lama itu, membuatkan Syafiqa agak loya. Syafiqa memang macam ni, dia tak boleh duduk dalam kereta lama sangat, sebab nanti dia akan berasa loya. Syafiqa mula memejamkan matanya untuk menghilangkan rasa loya itu.

   Ibu bapa Nani memberhentikan kereta di hadapan rumah Syafiqa. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Nani dan Saki, Syafiqa mula menarik bagasi dengan perasaan yang gembira. Ya, Ji Yong pun ada bersama dengan Syafiqa sekarang ni. Syafiqa tidak sanggup untuk membiarkan mamat Korea ni, check in di hotel. Mesti dia penat macam dirinya sendiri. Syafiqa akan membiarkan Ji Yong tidur di rumahnya. "Assalamualaikum", Syafiqa memberi salam. Setelah beberapa minit, terjengul wajah Adawiyah di muka pintu.

 

0 message from u
Bab 20

   Syafiqa memandang Prof Lee dengan bosan. Syafiqa hanya mendengar sepintas lalu penjelasannya dan tidak disavekan di dalam otaknya. Tangan kanan Syafiqa sibuk mencubit tangan kiri Sakinah. Syafiqa memang suka mencubit orang. Itu memang hobinya semenjak di sekolah menengah lagi. Sakinah je lah yang tahan dengan hobi pelik Syafiqa ini kerana dia memang tiada deria sakit di tangan. Sakinah meminta agar Syafiqa menghentikan perbuatannya. Syafiqa hanya menurut dan melihat Sakinah menulis sesuatu di tangan kirinya. Ini juga memang satu perangai pelik Sakinah. Dah ada kertas di depan mata tetapi masih menulis nota di tangan. Memang patutlah mereka ni berkawan kerana masing-masing mempunyai hobi yang pelik.

   Ji Yong hanya memerhatikan segala perbuatan Syafiqa dari jauh. Dia amat pelik dengan tingkah dua sahabat itu. Ji Yong memikirkan hubungannya dengan Syafiqa selama ini. Makin dibiarkan makin tidak bertegur sapa. Ji Yong mengaku yang perbuatannya yang dahulu hanya untuk melihat sama ada Syafiqa cemburu atau tidak melihat dirinya dengan perempuan lain. Dan hasilnya amat mengecewakan. Dan kini, Ji Yong berazam untuk mengambil hati Syafiqa dan rapat dengan gadis itu. Dia perlulah merendahkan egonya untuk mendapatkan Syafiqa sebelum lelaki lain mengisi hati gadis itu. Ji Yong tersedar daripada lamunannya apabila tiga orang gadis di hadapannya sudah menghilang.

   Ji Yong mencari mereka bertiga di cafeteria. Ji Yong tersenyum apabila ternampak Syafiqa yang sedang duduk di sebuah meja sambil membaca novel. 'Mungkin Saki dan Nani pergi beli makanan' desis hati Ji Yong. Kaki Ji Yong menyusun langkah dan melabuhkan punggung di hadapan Syafiqa. Syafiqa tidak sedar dengan kehadiran Ji Yong. Ji Yong hanya melihat Syafiqa mengerut-ngerutkan dahinya. "Bilalah dia nak kahwin awal", rungut Syafiqa. Syafiqa ni memang macam ni, objektifnya membaca novel adalah untuk mengetahui bila watak di dalam novel ni akan berkahwin. Ji Yong hanya tersenyum.

   "Best ke, novel ni?" tanya Ji Yong mengambil tahu. "Jalan cerita dia memang best", jawab Syafiqa khusyuk meneruskan pembacaannya. Setelah beberapa minit Ji Yong mendiamkan diri, kedengaran Syafiqa menjerit kegembiraan. "Yayy, dia dah kahwin!!! Ji Yong, dah kahwin!!!", jerit Syafiqa. Ji Yong semakin hairan dengan gadis ini. 'Bila masa pula aku kahwin ni?' desis hati Ji Yong. Syafiqa terdiam sejenak. 'Bila masa pula dia duduk kat sini?' tanya hati Syafiqa. "Kenapa awak dekat sini?" tanya Syafiqa kembali duduk. 'Dari tadi aku duduk sini, dia tak perasan pun' rungut hati Ji Yong. "Sebenarnya, saya nak minta maaf dengan awak?" pinta Ji Yong sambil menunjukkan muka kasihan.

   "Awak mana ada buat salah dengan saya", ujar Syafiqa tenang. "Habistu, kenapa awak tak tegur saya?" soal Ji Yong lagi. "Bila saya nak tegur awak, awak jeling saya. Tu yang saya ingat awak benci tengok saya tu.." jelas Syafiqa. 'Kenapa dengan minah ni, takkanlah dia lupa apa yang aku buat kat dia sebelum ni' ujar hati Ji Yong. 'Tak pelah. Aku akan gunakan peluang ni untuk memenangi hati dia balik' sambung hati Ji Yong lagi. Nani dan Saki kembali sambil meletakkan dulang berisi makanan di atas meja.

   "Lagi berapa minggu aje kita nak berpuasa. Rasa tak sabar pula. Yang paling best tu, pihak universiti kasi cuti sampai naik raya", ujar Saki memulakan perbualan. "Bolehlah kita balik Malaysia. Yayy!!!" jerit Nani sambil bertepuk-tampar dengan Syafiqa. Ji Yong mendengar celoteh tiga sahabat tu dengan gembira. Kadangkala kedengaran tawa mereka meletus. "Boleh tak, kalau saya nak ikut korang balik Malaysia. Saya nak tengok juga suasana di Malaysia. Pasti meriah terutamanya masa Hari Raya", ujar Ji Yong turut teruja. Masing-masing terdiam mendengar cadangan Ji Yong itu.

   "Kamu, biar benar?" Saki bertanya dengan loghat Indon yang dibuat-buat. Ji Yong mengangguk bagai burung belatuk. "Tengoklah macam mana", ujar Nani perlahan tidak mahu meberi harapan kepada Ji Yong.. 'Hello!! Kawan-kawan aku di Malaysia, aku akan bawa balik mamat Korea yang gantengggg' desis hati nakal Syafiqa. Mereka sambung berborak sambil makan.

   "Ayah!! Rindunya kat ayah, nanti puasa orang balik", terujanya Syafiqa dapat melepaskan rindunya kepada keluarga di telefon. Syafiqa ni memang anak manja ayahnya, memang patutlah dia ter'over' sikit. Syafiqa juga mengatakan bahawa dia akan bawa balik mamat Korea bersama, dan ayah bersetuju. Dengan syarat, Ji Yong perlu tidur di hotel, kerana kekurangan bilik di rumah. 'Hahahaha... Aku tidak mahu kongsi bilik dengan sesiapa pun walaupun adik beradikku sendiri. Ini kerana, sekiranya Ji Yong menginap di rumahku, pasti aku diminta berkongsi bilik dengan adik-adikku kerana bilik mereka didiami oleh abangku. Dan lagi satu sebab adalah Ji Yong bukan mahram aku' desis hati nakal Syafiqa.

   Saki dan Nani pula tidak mahu mengambil risiko dengan membawa balik lelaki kerana ditakuti ibu bapa mereka tersalah tafsir. Bagaimana dengan Sungjae dan Zelo? Mereka mahu dicampak ke mana? Itulah alasan yang diberikan oleh mereka berdua. Syafiqa hanya mengangguk bersetuju dengan alasan mereka. Syafiqa mendapat mesej daripada Ji Yong. 'Boleh tak saya ikut awak balik Malaysia? '. 'Boleh. 'Tak ada masalah', jawab Syafiqa. Ji Yong hanya tersenyum membaca mesej yang diterima.  

 

 

0 message from u