Miss Simple
D'Owner



Assalamualaikum and Hello ! The name is Nurul Syafiqa . Welcome to my Fanfiction . Just be who you are :)
Diary About Links

D'Stalker




D'Credits


Template by : Atirah Hayati
Image by : WeHeartit|Cute Secrets
Best view : Google Chrome



Bab 25

   Syafiqa membantu ibunya menyediakan juadah berbuka puasa. Pelbagai makanan yang sudah terhidang di atas meja. Murtabak, roti john, tahu panas, badak berendam, kuih ketayap, karipap, popia dan banyak lagi. Ini semua kehendak Ji Yong. Katanya bila sampai di Malaysia, dia ingin mencuba semua makanan yang terdapat di sini. Kalau tak dihalang oleh Syafiqa, memang Ji Yong nak mengangkut semua makanan di situ, termasuk dengan khemah-khemahnya. Tapi nasib baiklah perkara itu tidak terjadi. Jam menunjukkan ke angka 7.12 p.m.

   "Shafiq! Buka radio cepat!", jerit Syafiqa dari dapur dengan suara nyaringnya. Shafiq hanya menurut. Shafiq berlari menuju ke dapur dan duduk di tempatnya. Semua sudah sedia mengangkat tangan untuk membaca doa. Ji Yong hanya menurut semua perilaku manusia di situ. Selesai membaca doa, mereka semua meneguk air. Ji Yong mengambil sebiji kurma lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Semua orang berebut untuk mengambil makanan yang dikehendaki. Bagaikan berperang di meja makan. Ji Yong hanya memerhatikan tingkah ahli keluarga di situ yang makan dengan menggunakan tangan.

   Ji Yong pandang pula pada sudu dan garpu yang berada di tangannya. Dia meletakkan sudu dan garpu di tepi meja. Dengan perasaan teragak-agak dia meletakkan tangannya di pinggan. Dia menguis-nguis nasi di pinggan dengan tangannya.Ji Yong memandang ke arah Syafiqa yang menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.Ji Yong meniru cara Syafiqa menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Syafiqa mengerling ke arah Ji Yong.
Makanan yg berada di dalam mulutnya hampir tersembur keluar melihat kelakuan Ji Yong yang menyuap makanan dengan teragak-agak. Setelah beberapa kali berlatih, Ji Yong sudah mula membiasakan diri makan dengan menggunakan tangan.

   Setelah selesai makan malam, Syafiqa membasuh pinggan dan mengelap meja makan. Ji Yong yang sedang duduk di kerusi makan hanya memerhatikan segala perbuatan Syafiqa. Dia hanya tersenyum sendiri. Syafiqa yangg perasan akan pandangan seseorang terus berpaling menghadap Ji Yong. "Kenapa saya rasa awak macam tengok saya je ni?" "Kenapa nak tengok pun salah ke? Suka hati sayalah", jawab Ji Yong.Syafiqa hanya mencebik dan berlalu pergi. 'Hmm, comel betul kalau buat muka macam tu', puji hati Ji Yong.
Dia pun melangkah pergi dan bersiap sedia untuk tidur kerana jam sudah menunjukkan angka 10.00 malam.

_________________________________________________________________________________

   Kini, sudah genaplah hari yang ke 23 berpuasa. Syafiqa sedang menyelak sebuah buku resipi yang berada di tangan. Ji Yong yang terpandang akan gadis itu terus melabuhkan punggung di sisinya. "Awak tengah buat apa tu?" tanyanya. "Tengah tanam pokok ni ha ", sindir Syafiqa. "Tak payah nak loyar buruk dengan sayalah. Macamlah saya tak tahu awak tengah baca buku", balasnya. "Habistu, kenapa tanya lagi? Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula", hah kan dah keluar pantun dia. Ji Yong hanya tersengih. Jejaka itu memandang gambar -gambar yang ada dalam buku tersebut. Macam kuih je semua ni?

   "Hmm, awak nak buat kuih raya ke?" soal Ji Yong. "Ha'ah, kenapa?". "Bila awak nak buat?" tanyanya lagi. "Bila-bila pun boleh, tapi tak ada cukup bahan lah", kedengaran sedikit kecewa di pendengaran Ji Yong. "Kalau macam tu, cepatlah siap-siap", pinta Ji Yong. "Kenapalah pula. Awak nak bawa saya pergi mana pula ni?" "Pergi pasar raya lah nak beli bahan-bahan. Awak kan nak buat kuih raya". "Bila? Sekarang ke". "Taklah, tahun depan", sindir Ji Yong sambil tersenyum. "Yalah, yalah saya siap sekarang. Tunggu kejap". Setelah bersiap ala kadar dan menyarung sandal. Mereka pun memulakan perjalanan setelah mendapatkan green light daripada ibu.

   Ji Yong menolak troli sambil berjalan beriringan dengan Syafiqa yang sedang memilih bahan-bahan yang hendak dibeli. Dia bercadang hendak membuat cornflakes madu dengan almond london buat sementara waktu ni. Setelah membeli barang-barang, mereka pun berjalan mengelilingi kedai-kedai di situ. Ji Yong meminta diri untuk ke washroom sebentar. Dia berjalan keluar daripada washroom tersebut dan mencari kelibat Syafiqa, tetapi tidak kelihatan. Matanya meliar mencari dan akhirnya terpandangkan sesusuk tubuh yang dikenali. Dia pun menghampiri gadis itu.

   "Adik, janganlah nangis lagi. Kita cari emak adik sama-sama ok? Emak adik pun mesti tengah cari adik juga sekarang ni", pujuk Syafiqa. Barulah Ji Yong mengerti sekarang mengapa Syafiqa tiba-tiba menghilangkan diri. Kanak-kanak itu masih belum berhenti menangis. Orang-orang yang berada di sekeliling dah pandang semacam. Ji Yong melutut sambil tersenyum manis ke arah kanak-kanak perempuan itu. "Adik, janganlah nangis lagi ok? Nanti abang belikan adik anak patung ya? Janganlah nangis lagi. Nanti dah tak comel", pujuk Ji Yong. Kanak-kanak perempuan tu dah terpesona melihat senyuman Ji Yong dan terus berhenti nangis. 'Amboi budak ni, bila aku pujuk tak nak pula berhenti nangis. Bila si tampan ni pujuk automatik berhenti nangis' desis hati Syafiqa. Hatinya telah terbuai-buai apabila melihat Ji Yong melayan kanak-kanak itu.

   Ji Yong mempunyai sifat kebapaan yang mendalam. Dia dapat melihat itu di dalam anak mata Ji Yong setiap kali memandang anak kecil. Syafiqa tersedar apabila Ji Yong mengawang-awangkan tangannya. "Dahlah tu tengok saya, jom bawa budak ni pergi kaunter pertanyaan", ujar Ji Yong sambil tersengih. Syafiqa berdeham untuk menutup rasa malunya. Beberapa minit setelah pengumuman diumumkan tentang kanak-kanak tersebut didapati sepasang suami isteri menghampiri mereka berdua.

   "Terima kasihlah ye, encik, puan. Saya tak dapat nak balas budi baik encik dan puan ni. Terima kasih banyak-banyak", ujar wanita itu. 'Eh sekejap, dia panggil aku puan tadi? Maksudnya dia sangka yang aku ni isteri si tampan ni?' desis hati Syafiqa. "Tak de papelah. Saya cuma buat apa yang patut je", balas Ji yong sambil memandang ke arah kanak-kanak yang sedang bermain dengan anak patung yang dibelikan olehnya tadi. "Cantiknya, isteri encik ni. Comel je saya tengok. Semoga berbahagia ye", ujar wanita itu. Suaminya hanya tersenyum dan mengekori langkah isterinya. Hati Ji Yong berbunga riang apabila dikatakan Syafiqa ini isterinya. Dia hanya tersengih ke arah Syafiqa. Jantung Syafiqa sudah buat kerja lebih masa apabila melihat senyuman Ji Yong itu. Dia pun berjalan meninggalkan Ji Yong yang sedang menolak troli ke luar daripada pasaraya itu.

   

0 message from u