Miss Simple
D'Owner



Assalamualaikum and Hello ! The name is Nurul Syafiqa . Welcome to my Fanfiction . Just be who you are :)
Diary About Links

D'Stalker




D'Credits


Template by : Atirah Hayati
Image by : WeHeartit|Cute Secrets
Best view : Google Chrome



Bab 22

   Seorang kanak-kanak perempuan yang bertudung hitam membuka pintu pagar dengan senyuman. "Adawiyah!!" jerit Syafiqa. "Kakak!!" jerit Adawiyah pula. Syafiqa terus menarik Adawiyah ke dalam pelukan. Setelah pelukan dileraikan Syafiqa memperkenalkan Ji Yong kepada Adawiyah. "Bawa balik suami nampak", Adawiyah menyakat. Syafiqa hanya menjegilkan matanya. "Ibu! Kak Yun dah sampai dengan bakal suami dia", jerit Adawiyah dengan suara nyaringnya. Walaupun Adawiyah baru berusia 10 tahun, tetapi apabila bercakap macam orang tua.  "Hah, bawalah masuk", suara ibu menyahut dari dapur. Syafiqa menarik bagasinya dengan susah payah sehingga ke muka pintu.

   Syafiqa mendapatkan ayahnya yang sedang berbaring di sofa sambil menonton televisyen. "Ayah.." ujar Syafiqa lalu menyalami ayahnya dan diikuti oleh Ji Yong. Syafiqa melangkah menuju ke dapur dan terus memeluk ibu yang sedang memasak. Ibu hanya tersenyum dan berpaling. Setelah Ji Yong dan Syafiqa menyalami ibunya dia melangkah kembali ke ruang tamu.

    "Ayah, boleh tak kalau si Ji Yong ni bermalam kat rumah kita untuk 2 atau 3 hari. Lepas tu, dia boleh pergi check in kat hotel?" tanya Syafiqa sambil mengerling sekilas ke arah Ji Yong. Ji Yong hanya merenung pelik ke arah Syafiqa. Setahunya dia tidak cakap apa-apa pun dengan Syafiqa tentang hal ini. Nampaknya gadis ini memang pandai membuat keputusan tanpa meminta pendapatnya. "Mana boleh", jawab ayah dengan wajah yang serius. Syafiqa dan Ji Yong terkedu.

    "Ada pula layan tetamu macam tu. Tidur ajelah kat sini terus, tak payah nak pergi check in kat hotel tu. Yun ingat murah ke nak sewa bilik kat hotel tu? Hmm", sambung ayah. Ji Yong tersenyum kemenangan, manakala Syafiqa sudah cemberut mukanya. "Habistu, masa Yun call ayah tu, ayah cakap boleh?" Syafiqa tidak puas hati. "Ayah, cuma ikutkan aje permintaan Yun. Bila tengok muka si Ji Yong ni, macam baiklah pula. Tak sampai hati nak suruh dia tidur hotel", ujar si bapa. Ceh! Syafiqa sudah memuncung, dia melangkah masuk ke dalam biliknya untuk mengemas barang-barang di dalam bagasinya. Ji Yong hanya sambung berbual dengan ayah Syafiqa. Di dalam benaknya masih ada persoalan yang masih tidak dapat dijawab oleh dirinya.

   Syafiqa melangkah keluar menuju ke dapur untuk makan malam setelah bersolat Maghrib. Semua ahli keluarganya sudah berkumpul. Tadi, selepas mengemas barang-barangnya dia terus terbongkang tidur di atas katil yang sudah sekian lama tidak berpenghuni. Setelah memperkenalkan Ji Yong kepada ahli keluarganya dia membantu Nurin mengemas dapur. "Handsome seh, pak we Yun", puji Nurin melambung. Syafiqa meletakkan tangannya di bahu dan memandang ke atas. Nurin hanya ketawa kecil. "No comment", jawab Syafiqa.

   Jam sudah menginjak ke angka sebelas. "Hah, jangan lupa niat puasa. Dan jangan lupa bagun sahur esok", pesan ayah. Ayah dan Ibu sudah masuk ke dalam bilik mereka. "Saya nak tidur kat mana malam ini?" bisik Ji Yong kepada Syafiqa. Tidak mahu mengganggu Shafiq, Nurin dan Adawiyah yang sedang menonton movie di channel HBO. Syafiqa hanya bangun dan masuk ke dalam biliknya. Syafiqa kembali sambil meletakkan toto, selimut dan bantal ke lantai. Ji Yong terlongo sekejap. "Tidur kat sini?" soal Ji Yong. "Yalah, habistu takkanlah awak nak tidur kat bilik saya pula", tanya Syafiqa kembali. "Boleh ke?" pinta Ji Yong. "Ewah, banyak handsome muka awak", balas Syafiqa lalu melangkah pergi.

   Ji Yong tersengih sekejap. 'Dia cakap aku handsome' bisik hati Ji Yong. Ji Yong membentangkan toto di hadapan televisyen. Adawiyah dan Nurin sudah masuk ke dalam bilik. Shafiq juga masuk ke dalam biliknya. Ji Yong dikejutkan dengan kedatangan Shafiq yang membawa bantal lalu berbaring di sebelahnya. "Malam ni, aku nak tidur kat sini, sebab nak tengok bola pukul 3.00 pagi nanti. Lagipun, kesian aku tengok, kau tidur kat sini sorang-sorang", ujar Shafiq. Ji Yong hanya mengangguk dan berfikir sebentar. Semenjak Syafiqa balik ke Malaysia, dia seperti agak dingin dengan Ji Yong. Tetapi semasa di Korea, bukan main lagi lemah -gemalai berkata-kata. Dan satu lagi persoalannya ialah, siapakah Yun itu? Ji Yong hanya menjongketkan bahunya kerana tidak dapat menjawab persoaln di fikirannya.

0 message from u