Miss Simple
D'Owner



Assalamualaikum and Hello ! The name is Nurul Syafiqa . Welcome to my Fanfiction . Just be who you are :)
Diary About Links

D'Stalker




D'Credits


Template by : Atirah Hayati
Image by : WeHeartit|Cute Secrets
Best view : Google Chrome



Bab 21

   Pada petang itu, Syafiqa pergi ke Cafe Secret Garden untuk mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan daripada Seung Hyun. Dia amat berharap agar permohonannya diterima oleh bos yang kacak dan tinggi lampai itu. Syafiqa melangkah keluar daripada bilik bos itu dan menuju ke tempat Hyun Woo. "Macam mana? Lulus ke? Dia marah tak?" tanya Hyun Woo bertalu-talu. Hyun Woo dapat mengagak daripada riak muka kecewa dari wajah itu.

   "Macam mana ni, Hyun Woo..." ujar Syafiqa sambil menggoyang-goyangkan lengan Hyun Woo. Hyun Woo hanya mendiamkan diri bersama perasaan gusar. Syafiqa melihat reaksi Hyun Woo lalu tersenyum kecil. "Tak de lah. Saya saja je.. Bos luluskan" kata Syafiqa. Hyun Woo menjegilkan matanya lalu berpaling sambil memeluk tubuh. "Janganlah macam ni.. Saya gurau saja", pujuk Syafiqa. Hyun Woo tidak menunjukkan sebarang reaksi. "Hyun Woo...." meleret suara Syafiqa memanggil nama Hyun Woo. Hati Hyun Woo cair lalu berpusing menghadap Syafiqa. Hyun Woo memang tidak boleh merajuk lama-lama dengan Syafiqa. Gadis itu bagai tahu untuk memujuk dirinya kembali.

   "Lain kali, janganlah buat macam ni. Buat saspen je" ujar Hyun Woo lalu tersenyum manis. Syafiqa hanya mengangguk dan menyambung kerjanya membuat jus. "Kalau boleh saya pun nak ikut awak balik Malaysia. Tapi saya rasa saya nak luangkan masa dengan eomma appa saya", jelas Hyun Woo sambil membancuh kopi. "Oooh.." respon Syafiqa sambil mengelap cawan yang telah dibasuh. "Nanti mesti saya akan rindukan awak", bisik Hyun Woo menghentikan kerjanya dan merenung Syafiqa. Syafiqa terkedu memandang Hyun Woo. "Janganlah nak merepek", balas Syafiqa perlahan. Syafiqa tamat syifnya pada pukul 5.00 petang.Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada pekerja-pekerja di Cafe Secret Garden, Syafiqa berjalan mendapatkan teksi.

   Selesai makan malam, Syafiqa mengemas barang-barang yang perlu dibawa balik. Dia begitu teruja ingin pulang ke Malaysia. Ryha, Zul, Zirah, Najwa dan Ain akan pulang beberapa hari kemudian, maksudnya mereka akan pulang semasa bulan Ramadhan. Katanya ingin menguruskan beberapa hal sebelum pulang ke Malaysia. Ini mesti mahu berjumpa dengan kekasih hati. Nani dan Saki juga baru pulang dari ber'dating' dengan Sungjae dan Zelo. Sebulan tu tak jumpa, nanti takut rindu sampai berguling-guling. Esok, Ji Yong akan datang ke rumah untuk menjemput kami dan pergi ke 'airport'. Maklumlah dia kan ikut sekali. Setelah selesai semuanya Syafiqa mula melelapkan mata di atas katilnya.

   Syafiqa menarik bagasinya turun dari tangga dan melangkah ke dapur. Dia duduk bersebelahan dengan Nani yang sedang bersarapan. Saki sedang menyental kuali di singki. Syafiqa mula menyuap nasi goreng ke dalam mulut lalu menyisip teh di dalam cawan. Kedengaran hon dibunyikan di luar rumah. Saki pergi mendapatkan tetamu yang hadir. Saki melangkah bersama Ji Yong ke dapur. Ji Yong duduk di hadapan Syafiqa dan tersenyum manis. "Kenapa awak datang awal? Kan lagi satu jam", soal Syafiqa. "Saja, nanti tak kelam-kabut", selamba dia menjawab. "Jemputlah makan, Ji Yong", ujar Saki sambil menolak pinggan yang berisi nasi goreng. Setelah bersarapan, Syafiqa membantu Ji Yong memasukkan barang ke dalam kereta Ji Yong.

   Setelah Nani mengunci pintu rumah, Ji Yong mula memandu meninggalkan perkarangan rumah itu.Setibanya di 'airport' Ji Yong membantu Syafiqa menarik bagasinya. "Ji Yong, habistu bagasi kitaorang?" soal Nani. "Sorry eh. Tangan dah penuh", jawab Ji Yong selamba sambil berjalan beriringan dengan Syafiqa yang sudah jauh ke depan. Nani hanya mencebik. Syafiqa membantu Ji Yong memasukkan beg ke dalam tempat yang disediakan. 'Kenapalah aku kena duduk sebelah dia ni' rungut hati Syafiqa. Syafiqa amatlah tidak berkenan kena duduk di sebelah Ji Yong. Kalau Syafiqa tertidur, dan air liurnya meleleh. Mana nak sorok muka ni. Nani dan Saki pula duduk di seat sebelahnya."Kenapa tak duduk lagi, flight dah nak berlepas", ujar Ji Yong sambil menepuk-nepuk sofa di sebelahnya. Syafiqa hanya akur.

   Kapal terbang mula berlepas dan sepanjang tempoh itu, Ji Yong asyik bercerita. Pada awal penerbangan saja Syafiqa melayan celotehnya, tetapi sekarang mahu membuka mulut pun susah kerana merasa penat dan mengantuk. Suara Ji Yong bagaikan sedang mendodoi Syafiqa. Syafiqa akhirnya terlena dan kepalanya mendarat di bahu Ji Yong. Ji Yong hanya tersenyum dan membiarkan saja. Ji Yong mengambil gambar Syafiqa supaya dapat dijadikan kenangan.

   Syafiqa tersedar apabila tayar kapal terbang yang bergeser dengan permukaan tanah. Dia terus mengangkat kepalanya dan terhantuk dengan kepala Ji Yong. "Sorry", pinta Syafiqa dengan rasa bersalah. Ji Yong hanya menggosok-gosok kepalanya dan memberikan senyuman. "Dah sampai ke?" soal Syafiqa memandang ke arah Ji Yong. "Belum lagilah", jawab Ji Yong.  Mungkin kapal terbang ini akan berhenti buat seketika. Di lapangan terbang mana pun dia tidak pasti. Setelah mengisi perut, kapal terbang sekali lagi berlepas.

   "Yayy, dah sampai JB!!", jerit Syafiqa sambil menarik bagasinya keluar dari 'airport'. Tadi Nani ada meminta ibu bapanya menjemput kami semua di Lapangan Terbang Skudai. Dan sekarang, ibu bapa Nani sudah menanti kami. Nani berlari mendapatkan ibu bapanya. Syafiqa, Saki dan Ji Yong hanya menghampiri dan menyalami ibu bapa Nani.

   Syafiqa berasa sangatlah lapar kerana perutnya berkeroncong minta diisi. Dan Ji Yong yang sedang duduk di sebelah hanya menyembunyikan senyuman. Nani meminta agar ibu bapanya memberhentikan kereta di kedai mamak, atau KFC atau Mcdonald atau sewaktu dengannya. Ayah Nani hanya menurut dan membelanja kami semua makan di KFC. Dan sekali lagi Ji Yong duduk di sebelah Syafiqa semasa menjamu selera. Perjalanan yang agak lama itu, membuatkan Syafiqa agak loya. Syafiqa memang macam ni, dia tak boleh duduk dalam kereta lama sangat, sebab nanti dia akan berasa loya. Syafiqa mula memejamkan matanya untuk menghilangkan rasa loya itu.

   Ibu bapa Nani memberhentikan kereta di hadapan rumah Syafiqa. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Nani dan Saki, Syafiqa mula menarik bagasi dengan perasaan yang gembira. Ya, Ji Yong pun ada bersama dengan Syafiqa sekarang ni. Syafiqa tidak sanggup untuk membiarkan mamat Korea ni, check in di hotel. Mesti dia penat macam dirinya sendiri. Syafiqa akan membiarkan Ji Yong tidur di rumahnya. "Assalamualaikum", Syafiqa memberi salam. Setelah beberapa minit, terjengul wajah Adawiyah di muka pintu.

 

0 message from u