Miss Simple
D'Owner



Assalamualaikum and Hello ! The name is Nurul Syafiqa . Welcome to my Fanfiction . Just be who you are :)
Diary About Links

D'Stalker




D'Credits


Template by : Atirah Hayati
Image by : WeHeartit|Cute Secrets
Best view : Google Chrome



Bab 19

   Hari Olahraga telah berlansung sebentar tadi. Syafiqa duduk bersama kawan-kawannya di kerusi penonton sambil menyorak para pemain. Syafiqa tidak tahu bahawa Hyun Woo mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak. Syafiqa kagum apabila melihat kawan baiknya itu berjaya melepasi benteng pertahanan pihak lawan dengan senang. Syafiqa menjerit kuat apabila Hyun Woo memasukkan bola ke dalam gol. Kini, mata pasukan Hyun Woo sudah seri dengan pasukan lawan, 2-2. Masa juga semakin suntuk. Syafiqa melihat peluh yang merenek di dahi Hyun Woo. Hyun Woo berusaha untuk memberikan mata kemenangan pada pasukannya.

   Setelah beberapa minit menggelecek bola, Hyun Woo menendang bola menuju ke arah gol. Para penyokong melihat dengan perasaan suspen. Gol!!! Syafiqa menjerit keriangan sambil bertepuk-tampar dengan Saki dan Nani. Hyun Woo berlari menuju ke tempat duduk penonton sambil melambaikan tangannya ke arah Syafiqa. Tanpa disedari, Syafiqa membalas lambaian Hyun Woo lalu tersenyum. Ji Yong yang berada berdekatan, jelek melihat kemesraan Syafiqa dan Hyun Woo. Pasukan Hyun Woo meraih kemenangan. Para pemain beratur meninggalkan padang dengan perasaan gembira.

   Syafiqa mendapatkan Hyun Woo yang sudah lengkap dengan pakaian yang lain. "Hyun Woo, awak terer sangat. Saya suka", ujar Syafiqa gembira. Hati Hyun Woo berbunga-bunga mendengar perkataan 'suka'. Hyun Woo merenung Syafiqa dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Apabila menyedari kesalahannya, Syafiqa tersengih. "Maksud saya, saya suka tengok cara awak bermain. Macam profesional", puji Syafiqa melambung. Hyun Woo malu mendengarkan ucapan dari bibir tersebut. Hyun Woo menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil memberikan senyuman yang manis. Syafiqa berjalan beriringan Hyun Woo menuju ke arah cafenya yang berdekatan padang.

   Syafiqa melihat keadaan cafe itu sangat sibuk. Hyun Woo mendapatkan Doojoon dan Peniel yang sedang menguli tepung."Hah! Baru nampak batang hidung. Cepat tolong kitaorang ni hah. Dah tak cukup tangan dah", ujar Doojoon apabila terpandangkan kelibat Hyun Woo dan Syafiqa. Syafiqa mengikat tali apron di pinggangnya supaya tidak longgar. Syafiqa membantu Hyun Woo membuat  waffle dan jus. Syafiqa dikejutkan dengan kedatangan kawan-kawannya. Syafiqa mencapai buku nota kecil bersama pen lalu menuju ke meja pelanggan.

   "Korang nak makan apa?" soal Syafiqa kepada kawan-kawannya yang sedang membelek menu. "Ramainya pelanggan kat sini. Nanti mesti dapat untung kan", ujar Nani sambil memandang ke persekitaran cafe. "Orang tu nak cepat. Sibuk ajak berbual pula", tegur Zuliyana lalu memandang ke arah Syafiqa yang sedang berdiri kegelisahan. Nani hanya tersengih saja."Bagilah apa-apa, pastikan dapat diskaun', usik Hazirah. "Ok", jawab Syafiqa sepatah. Syafiqa kembali dan meletakkan 7 piring yang berisi sepotong kek coklat dan 7 buah cawan hot chocolate. Syafiqa berlalu pergi tanpa sepatah kata. "Kesiannya dia, mesti banyak pelanggan yang hendak dilayan", ujar Ain perlahan.

   Syafiqa mengelap meja-meja dengan kain buruk. Keadaan dalam cafe ini sudah lengang. "Syafiqa, jom tengok acara-acara lain", ajak Hyun Woo. Syafiqa mengangguk lalu menyangkutkan kain buruk di tepi singki. Syafiqa terpandangkan apron yang tersangkut di pinggangnya. Syafiqa cuba membuka ikatan tersebut tetapi tidak berjaya. Hyun Woo yang terpandangkan kesusahan Syafiqa datang menghampiri. Hyun Woo membongkokkan sedikit badannya lalu mencapai tali apron tersebut. Jantung Hyun Woo makin kencang kerana keadaannya dekat dengan Syafiqa. Dia cuba mengukirkan senyuman untuk meredakan perasaannya yang sedang menggila. Syafiqa terpaku dengan tindakan Hyun Woo itu. Hyun Woo menyentuh bahu Syafiqa sambil tersenyum. "Jom" ujar Hyun Woo gembira. Syafiqa mengikuti langkah Hyun Woo menuju ke dewan di mana tempat berlansungnya acara penyampaian hadiah.

   Syafiqa gembira apaabila Hyun Woo naik ke atas pentas bersama pasukannya yang bermain bola sepak tadi. Mereka menjulang trofi yang dimenangi dengan bangga. Syafiqa mendengar ucapan oleh pengacara majlis. "Kami ingin berterima kasih kepada kamu semua kerana memberikan kerjasama. Pihak universiti juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cafe Secret Garden kerana telah menjayakan program kali ini. Dijemput pekerja Cafe Secret Garden untuk mendapat hadiah sebagai tanda penghargaan dari kami", ucap Pengacara Majlis itu. Syafiqa dan ahli Cafe Secret Garden menaiki pentas dengan gembira.


 

0 message from u