Miss Simple
D'Owner



Assalamualaikum and Hello ! The name is Nurul Syafiqa . Welcome to my Fanfiction . Just be who you are :)
Diary About Links

D'Stalker




D'Credits


Template by : Atirah Hayati
Image by : WeHeartit|Cute Secrets
Best view : Google Chrome



Bab 18

   Sewaktu melepasi papan kenyataan di universiti itu, Syafiqa berhenti seketika dan kembali di hadapan papan kenyataan itu. Dia membaca risalah yang ditampal dengan khusyuk. 'Hari Olahraga dan Sukan' desis hati Syafiqa pelik. 'Aktiviti tersebut dijalankan pada 25/5/2013. Maksudnya 2 minggu dari sekarang. Semua pelajar diminta hadir' bebel hati Syafiqa. Syafiqa memang tidak berkenan acara ini dilangsungkan kerana dirinya tidak mempunyai ciri-ciri seorang atlet. Kalau jadi penyokong, bolehlah memang dia suka.  Syafiqa berlari mandapatkan Nani dan Saki yang berada di cafeteria.

   "Korang, korang," panggil Syafiqa sambil menggoyang-goyangkan bahu 2 orang kawannya. Nani dan Saki hanya mengangguk tetapi masih menaip di papan kekunci telefon bimbit. Syafiqa memandang ke arah Najwa dan Ain yang sedang berbincang sama sendiri. “Korang!” sergah Syafiqa. Nani dan Saki hampir terjatuh dari kerusi mendengar pekikan suara Syafiqa yang nyaring itu. “Apalah dia ni, nak bermessage dengan Sungjae pun tak boleh” rungut Nani. “Kenapa cik adik manis?” tanya Saki sambil meletakkan telefonnya di atas meja. ‘Sorang dengan Sungjae,  sorang lagi mesti tengah syok bermesra dengan Zelo’ bebel hati Syafiqa.

   Syafiqa melayarkan ingatannya sewaktu mereka menaiki kereta pulang daripada cafe. "Wah, hensemnya Sungjae itu.." puji Nani tersengih-sengih. "Eleh, Sungjae tu tak hensem mana pun... Zelo lagi comel dan hensem", usik Saki. Nani memuncungkan mulutnya tanda merajuk. "Korang tahu tak, Zelo minta nombor telefon Saki.. Best banget", sambung Saki dengat loghat Indonnya. "Tadi, Sungjae pun minta nombor telefon Nani. Dia kata malam nanti nak call....", ujar Nani. "Tadi kan ada orang tu, duduk bercerita. Sampai orang panggil suruh balik pun tak sedar", ujar Saki sambil menjeling ke arah Ain. Apabila terpandangkan semua mata memandang ke arahnya, Ain tersipu malu. "Mana ada!" ucap Ain tiba-tiba. "Eleh, orang tak cakap dia pun", usik Saki lagi. Gelak tawa mereka memenuhi ruang dalam kereta tersebut. 
  
    Syafiqa duduk di hadapan Saki dan Nani setelah puas berangan. Syafiqa diam memikirkan tujuannya ke sini. Inilah akibatnya berangan. “Orang dah bersedia nak dengar, dia boleh senyap pula” ujar Saki. “Sebenarnya, kenapa Iqa datang sini hah?” tanya Syafiqa sambil menggaru-garu kepalanya. ‘Alah…. Apa yang aku nak cakap tadi… Macam mana boleh lupa….’ desis hati Syafiqa. “Lupalah tu. Hampeh..” balas Nani. “Nanti masa hari sukan, korang ada masuk apa-apa acara tak?” tanya Ain mengejutkan tumpuan Syafiqa untuk mengingat. “ Mana ada masuk apa-apa”, jawab Syafiqa. Kemudian dia menjerit kegirangan apabila dapat mengingat tujuannya ke sini.

  “Kenapa pula dengan awak ni Syafiqa?” soal Najwa pelik melihat gelagat Syafiqa. “Korang! Korang! Iqa dah ingat!!!” jerit Syafiqa. “Baguslah kalau macam tu. Kalau macam tu apa bendanya?”, soal Saki. “Tapi sebelum tu, mana Ryha, Zul dan Zirah?” tanya Syafiqa kembali. “Ryha mesti keluar dengan Peniel, Zirah dengan Zul memang tak nampak dari tadi”, jawab Ain. “Oooh.. Sebenarnya Iqa kan…” Syafiqa berhenti sambil melihat reaksi kawan-kawannya. “Sebenarnya apa? Nak buat suspen pula”, marah Nani. “Sebenarnya Iqa dah siap buat assignment!!” jawab Syafiqa sambil tersengih. “Ek eleh. Dia ni kan memang nak kena tau. Meh sini Syafiqa!” panggil Nani sambil menyinsing lengan bajunya. Syafiqa hanya meninggalkan meja itu dengan ketawa besar.
  
   Kini, Hari Olahraga makin menjelang. Syafiqa penat setelah membantu apa yang patut. Setelah tugasnya diselesaikan, Syafiqa menuju ke perhentian bas pergi ke cafenya. Syafiqa hairan apabila terpandangkan beberapa kotak yang besar di hadapan pintu cafe. Syafiqa menuju ke arah kaunter. “Nak buat apa dengan semua kotak ini?” tanya Syafiqa kepada Ji Yeon. “Barang ni nak diangkut ke Korean National University sebab ada festival kat sana”, jelas Ji Yeon sambil menyemak kertas yang berada di hadapannya. “Eh! Itu universiti saya”, ujar Syafiqa. ‘Ni mesti ada kaitan dengan Hari Olahraga dan Sukan itu’ desis hati Syafiqa. "Ooo.. Baguslah kalau macam tu", balas Ji Yeon.

   "Kenapa nak angkut barang-barang ni pergi sana?" tanya Syafiqa lagi. "Pihak universiti meminta kami untuk membuat jualan di universiti tu nanti. Bos pun terima je lah. Nanti bolehlah dapat untung.." jawab Ji Yeon sambil tersengih. "Jomlah tolong saya angkut barang-barang ni masuk kereta. Kita kena siapkan apa yang patut dekat universiti nanti", sambung Ji Yeon. Syafiqa hanya menurut langkah Ji Yeon menuju ke kereta. Syafiqa kembali lagi untuk mengangkat guni yang berisi biji kopi. Oleh kerana terlalu berat, Syafiqa hampir terlepas guni ke bawah tetapi mujurlah ada yang datang menyambut.

   "Hyun Woo!" jerit Syafiqa terkejut. "Lain kali, kalau nak angkat barang, panggil aje saya ok?" ujar Hyun Woo selamba sambil memasukkan guni ke bonet kereta. Setelah memasukkan barang-barang ke dalam kereta, Syafiqa masuk ke dalam kereta. Hyun Woo menghidupkan enjin dan kereta tersebut mula menyelusuri jalan raya.

   

  

0 message from u