Miss Simple
D'Owner



Assalamualaikum and Hello ! The name is Nurul Syafiqa . Welcome to my Fanfiction . Just be who you are :)
Diary About Links

D'Stalker




D'Credits


Template by : Atirah Hayati
Image by : WeHeartit|Cute Secrets
Best view : Google Chrome



Bab 17

   Syafiqa mendapatkan Saki  yang sedang menyiapkan hidangan kuih-muih di atas piring. Nani pula sedang menyediakan air minuman untuk para tetamu. "Sakinah, siapa yang ada kat depan tu? Suka hati aje bawa masuk orang yang tak kenal", soal Syafiqa mengawal kemarahan. Mungkin penat sebab melayan kerenah pelanggan. "Hoi cik adik! Kenapa ni nak marah-marah. Diorang tu tetamu kita lah. Diorang baru kat sini. Dari Malaysia juga", jawab Sakinah setelah selesai menyusun kuih-muih di atas dulang lalu dia membawa dulang tersebut ke ruang tamu. " Dahlah tu. Pergi lah tegur diorang", pesan Nani dan mengekori langkah Sakinah. 'Hey.. Kenapalah dengan aku ni' kesal hati Syafiqa.

   "Assalamualaikum. Maaflah sebab berkelakuan biadab tadi", pohon Syafiqa sambil menyalami 5 orang gadis cantik di hadapannya. Mereka berlima menyambut salaman Syafiqa. "Tak pe, kami tak kisah pun", jawab seorang gadis lalu diikuti dengan anggukkan 4 orang gadis. Syafiqa melabuhkan punggung di sebelah Saki dan Nani. "Yang ni namanya Ryha, Hazirah, Zuliyana, Najwa. Mereka berempat akan tinggal di rumah sebelah. Yang duduk hujung sekali tu, NurulAin. Dia akan mendiami bilik kosong di rumah kita ni", jelas Sakinah panjang lebar. Syafiqa hanya menganggukkan kepalanya. "Jemputlah makan kuih onde-onde ni. Baru pagi tadi Sakinah buat", ujar Nani mesra. Syafiqa hanya melihat 2 orang kawannya yang sememangnya peramah. Syafiqa sebenarnya seorang yang agak pemalu. Tetapi sekiranya dia sudah mengenali seseorang itu, maka perwatakannya akan berubah menjadi gila-gila.

    Hari semakin menginjak ke malam. Tetamu mereka meminta diri untuk beredar pulang. Setelah membantu Ain mengemas keperluan, Syafiqa naik ke biliknya untuk membersihkan diri dan menunaikan kewajipan. Kemudian Syafiqa turun untuk menjamu masakan Sakinah. Masing-masing berbual sehinggalah tengah malam. Syafiqa berasa sangat mengantuk lalu merebahkan tubuhnya di atas katil. Tiba-tiba mindanya memikirkan sepanjang perkenalan dia dengan Ji Yong. Dulu mereka memang agak rapat, tetapi sekarang nak tegur pun susah. Syafiqa hanya mengeluh. Beberapa minit kemudian dia lena diulit mimpi.

   Pada hujung minggu itu, Syafiqa membawa semua teman-temannya untuk melihat tempatnya bekerja. Ini semua pun kerana Saki dan Nani, yang lain cuma ikut je. Nasib baiklah harini pelanggan tak berapa ramai sangat. Sewaktu mereka semua memasuki cafe itu, Syafiqa memberikan mereka tempat duduk yang paling hujung sekali. Syafiqa amat pelik sekali apabila Sungjae dan Zelo menawarkan diri untuk menyusun meja supaya meja tersebut dapat memuatkan 8 orang. Zelo menghampiri Sakinah dan mengambil pesanan manakala Sungjae berdiri di sebelah Nani dan tersengih-sengih. Syafiqa hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menuju ke tempat Hyun Woo untuk membantu lelaki itu membuat jus buat teman-temannnya.

   Setelah mendengar permintaan Sungjae dan Zelo, Syafiqa membawa semua pekerja yang bekerja di cafe itu untuk berkenalan dengan kawan-kawannya. Apabila terpandangkan bosnya yang sedang menghampiri, Syafiqa terus mengajak sekali. "Korang, ni Iqa nak kenalkan pekerja merangkap kawan Iqa di cafe ini. Yang ni Hyun Woo. Dia ialah barista di cafe ini. Dua orang yang tersengih-sengih ini pula Sungjae dan Zelo, mereka ialah pelayan. Yang ini, Peniel dan Doojoon ditugaskan untuk membuat manisan di cafe ini. Gadis yang molek ni, namanya Jiyeon, ditugaskan untuk menjaga kaunter.  Dan yang handsome ni pula Seung Hyun. Dia adalah pemilik dan bos di cafe ini", jelas Syafiqa kepada kawan-kawannya. Kemudian Syafiqa memperkenalkan kawan-kawannya kepada pekerja di cafe ini.

   Suasana menjadi riuh rendah apabila masing-masing berbual sesama sendiri. Sungjae dan Zelo berbual dengan Saki dan Nani. Doojoon duduk berhampiran Ain manakala Peniel bergelak ketawa dengan Ryha. Najwa hanya duduk sendirian sambil membaca majalah yang diambil di rak buku. Hazirah pula hanya bersama dengan Jiyeon dari tadi. Sesekali, Syafiqa terpandangkan Zuliyana yang menghalang Seung Hyun daripada membaca surat khabar. Hyun Woo saja yang membuat kerja. Mujurlah pada masa itu, tiada pelanggan lain kecuali teman-teman Syafiqa.

   Syafiqa dikejutkan dengan loceng pintu yang berbunyi menandakan ada pelanggan yang masuk. 'Macam Seungri je tu' desis hati Syafiqa. Syafiqa hanya melihat langkah Seungri yang duduk di kerusi di hadapan Najwa.  Selepas menghantar pesanan Seungri, Syafiqa memerhatikan gelagat Seungri yang berusaha untuk menarik perhatian Najwa. Syafiqa lihat Najwa hanya mengerling sekilas ke arah Seungri lalu meneruskan pembacaannya. Syafiqa dan Hyun Woo tertawa apabila Seungri membuat muka kasihan di hadapan Najwa. Najwa meletakkan majalahnya ke tepi, lalu mendengar sambil mengangguk dengan cerita Seungri.

   Syafiqa hanya berbual dan mendengar semua celoteh Hyun Woo. "Sini, Syafiqa ambil gambar", ajak Hyun Woo. Syafiqa hanya menuruti ajakan Hyun Woo. Syafiqa ketawa apabila terpandangkan riak muka Hyun Woo di sesetengah gambar. Hari itu, berlalu dengan sungguh cepat. Setelah melambaikan tangan kepada Hyun Woo, Syafiqa menaiki kereta Nani untuk pulang ke rumahnya. Kawan-kawannya yang lain menaiki kereta yang berlainan. Masing-masing tersenyum gembira kerana dapat mengenali rakan yang baru.

 



 

0 message from u