
|
D'Owner ![]() Assalamualaikum and Hello ! The name is Nurul Syafiqa . Welcome to my Fanfiction . Just be who you are :) D'Stalker ![]() D'Credits ![]() Template by : Atirah Hayati Image by : WeHeartit|Cute Secrets Best view : Google Chrome ![]() |
Bab 16
Memandangkan harini kelasnya tamat awal, Syafiqa menaiki bas menuju ke cafe. Semasa di universiti tadi, dia sering terserempak dengan Ji yong bermesra dengan kekasihnya. Walaupun hatinya sakit tetapi dia berusaha untuk menafikan tentang perasaan yang melanda dirinya kini. Syafiqa berazam ingin menyibukkan dirinya di Cafe Secret Garden. Sewaktu melangkah masuk ke dalam kedai yang dicat dengan berwarna coklat itu, Syafiqa didatangi dengan seorang wanita dan beberapa orang pemuda yang mengelilinginya. Syafiqa membongkokkan badannya sedikit sebagai salam perkenalan. "Awak ni Syafiqa kan?" tanya gadis itu. Syafiqa hanya mengangguk dan menelan air liurnya kerana perasaan gugup sedang menular dalam dirinya apabila terpandangkan setiap muka di hadapannya. Gadis itu menarik Syafiqa ke dalam pelukan dengan senyuman yang menghiasi bibirnya. "Akhirnya bos ambil jugak pekerja wanita. Walaupun dah penuh, tetapi sekurang-kurangnya saya ada kawan", jelas gadis yang memakai baju pelayan bersulamkan perkataan Jiyeon itu."Apa tugas saya di sini ya?" tanya Syafiqa kepada Jiyeon. "Buat sementara waktu, awak tidak mempunyai sebarang kerja yang khusus. Awak akan membantu kami semua di sini sekiranya kami meminta pertolongan. Seorang jejaka mencuit bahu Ji Yeon. "Tak nak perkenalkan kami semua ke?" tanya jejaka itu. "Oh! Saya terlupa. Selain saya, ada 5 orang jejaka yang bekerja di sini. Yang ini namanya Sungjae dan Zelo. Oleh kerana mereka bekerja sebagai pelayan, mereka menggunakan wajah mereka untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk datang ke cafe kami. Macam yang awak nampak, pelanggan perempuan lebih ramai yang mengunjungi cafe kami berbanding pelanggan lelaki", terang Jiyeon manakala Syafiqa hanya ketawa kecil. "Yang ni pula Doojoon dan Peniel. Doojoon ditugaskan untuk membuat kek, manakala Peniel ditugaskan untuk membuat biskut. Kadangkala, bos akan membantu mereka berdua. Sebenarnya ada seorang lagi yang menjadi barista tetapi dia masih belum datang", sambung Jiyeon lagi. Mereka berlima menunduk hormat dengan senyuman yang menghiasi bibir mereka. "Welcome to Secret Garden" ucap mereka. Syafiqa melihat ke sekeliling kafe tersebut dan pandangannya terhenti di satu sudut. "Jiyeon, kenapa ada pentas kat situ?" soal Syafiqa sambil merenung ke arah Jiyeon. "Oh.. Pentas itu digunakan oleh tetamu yang kami jemput untuk menghiburkan pelanggan di cafe ini. Sekiranya tetamu yang dijemput tidak dapat hadir, maka kami sendiri yang akan menghiburkan pelanggan", jelas Jiyeon sambil memandang ke arah pentas yang dipenuhi dengan alat-alat muzik. Setelah berkenalan buat seketika kami semua bersurai meneruskan kerja yang tergendala. Sementara itu, Syafiqa mendengar butir bicara Jiyeon tentang selok-belok perniagaan cafe ini. Perbualan mereka tergendala apabila satu suara menegur Jiyeon. "Jiyeon, bos datang tak hari ini?" tanya pemuda itu. Syafiqa mengamati wajah pemuda itu dari sudut tepi. Tetapi Syafiqa gagal untuk mengenalinya kerana pemuda itu seperti mencari kelibat seseorang. Apabila pemuda itu memalingkan wajahnya, mulut Syafiqa terlongo.Begitu juga dengan pemuda itu. Syafiqa berjalan keluar dari kaunter dan berdiri di sebelah pemuda itu. "Apa awak buat kat sini?" soal Hyun Woo. Hyun Woo hairan apabila terpandangkan apron yang tersarung di pinggang Syafiqa. "Saya kerja kat sini. Awak pula buat apa kat sini?" tanya Syafiqa kembali. "Saya pun kerja kat sini", jawab Hyun Woo. Masing-masing terdiam sejenak. Syafiqa terjerit kecil sehingga menarik perhatian segelintir pelanggan. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik rehat yang disediakan untuk para pekerja. "Macam mana eomma awak? Dah keluar hospital ke belum?" soal Syafiqa sambil melabuhkan punggungnya di bangku. "Dah keluar dah pagi tadi. Tu yang saya lambat sikit datang sini", jawab Hyun Woo. "Kenapa awak nak kerja kat sini?" sambung Hyun Woo. "Saya cuma nak cari duit sikit. Duit tu nanti saya boleh beli buku rujukan" ujar Syafiqa. Syafiqa terfikir sejenak. "Entah-entah awaklah orang yang Jiyeon cakap. Awak ni barista kan?" soal Syafiqa lagi. "A'ah", jawab Hyun Woo sambil menunjukkan senyumannya. Perbualan mereka terhenti apabila ternampak kelibat bos yang tinggi lampai itu. "Macam mana eomma awak Hyun Woo? Dah keluar hospital?" tanya Seunghyun prihatin. "Dah keluar dah. Sorry lah bos, sebab saya masuk lambat", jawab Hyun Woo. "Tak pe lah. Awak boleh sambung kerja", ujar Seunghyun. Syafiqa memerhatikan langkah Hyun Woo yang menuju ke lokernya. Syafiqa bangkit dan bersedia untuk pergi menyambung kerjanya. Terdengar Seunghyun berdeham membantutkan pergerakan Syafiqa. "Saya tak suruh awak pergi. Mari ikut saya", pinta Seunghyun. Syafiqa hanya mengikuti langkah Seunghyun. Walaupun sebelum ni mereka pernah berbual mesra, tetapi Syafiqa agak kekok untuk berkawan dengan Seunghyun. Itupun setelah mengetahui Seunghyun merupakan bos di tempatnya bekerja. Syafiqa juga perasan bahawa Seunghyun ini seorang yang serius apabila berada di tempat kerja. Tetapi, Seunghyun boleh diajak berbual sekiranya berada di tempat yang sepatutnya. Seunghyun berjalan ke arah dapur yang menempatkan tempat untuk membuat kek dan manisan lain. Syafiqa sempat melambaikan tangannya kepada Peniel dan Dojoon. Seunghyun menerangkan semua peralatan yang berada di dapur itu. Syafiqa hanya mendengar dengan teliti. "Syafiqa, saya rasa awak boleh tolong Hyun Woo. Rasanya Hyun Woo tu memerlukan bantuan awak", ujar Seunghyun sambil memerhatikan gelagat Hyun Woo yang agak sibuk itu. Syafiqa hanya mengangguk dan berlalu menuju ke tempat Hyun Woo. "Hyun Woo, ada apa-apa yang boleh saya tolong tak?" pinta Syafiqa. "Hmm. Awak tolong buatkan jus mangga, lepastu hantar dekat meja no. 8", jelas Hyun Woo sambil membancuh kopi. Syafiqa hanya menurut dan kembali setelah menghantar pesanan pelanggan tersebut. Kedengaran loceng yang berada di pintu berbunyi, menandakan ada pelanggan yang masuk. Syafiqa hanya bantu Hyun Woo apa yang patut. Sesekali mereka ketawa bersama dan bergurau senda. Ji Yong terperanjat apabila terpandangkan wajah yang sangat dikenalinya berada di samping Hyun Woo. Ji Yong tidak mampu untuk menunggu dengan lebih lama, dia mengambil jaket dan berlalu pergi. Syafiqa tamat syifnya pada pukul 6.00 petang. Syafiqa hairan apabila terdapat sebuah lori yang penuh dengan perabot berada di hadapan rumah sebelahnya. Syafiqa hanya mengangkat bahu dan memberi salam masuk ke dalam rumahnya. Mereka semua yang berada di ruang tamu terdiam dan menjawab salam Syafiqa. Syafiqa hairan kerana terdapat beberapa muka yang tidak dikenali duduk di atas sofa. "Awak semua ni siapa? Kenapa awak semua ada di sini?" soal Syafiqa dengan nada yang marah. Syafiqa menyangkakan bahawa mereka mempunyai niat yang tidak baik. Tanpa menunggu jawapan, Syafiqa berlari mencari Sakinah dan Nani. ♥ 0 message from u |