Miss Simple
D'Owner



Assalamualaikum and Hello ! The name is Nurul Syafiqa . Welcome to my Fanfiction . Just be who you are :)
Diary About Links

D'Stalker




D'Credits


Template by : Atirah Hayati
Image by : WeHeartit|Cute Secrets
Best view : Google Chrome



Bab 14

   Syafiqa melangkah ke rumahnya dengan wajah yang masam kerana memikirkan pasangan untuk pergi ke majlis itu dan risau dengan khabar emak Hyun Woo. Pasti Hyun Woo risau dengan kesihatan emaknya. Kemunculan Saki yang sudah berpakaian cantik membuatkan Syafiqa agak terkesima dan melupakan masalahnya tadi. Siap ada handbag lagi tau "Wah. Cantiknya kawan Iqa", puji Syafiqa. "Dah tak payah nak puji-puji dah maghrib dah ni, pergi mandi dulu. Busuk!" kutuk Saki sambil menutup hidungnya. "Yalah, tuan puteri", ujar Syafiqa tidak mengambil hati kerana dia tahu Saki hanya bergurau.

   Setelah menunaikan kewajipannya, tangannya ditarik oleh Nani yang juga sudah kelihatan amat cantik dengan pashmina biru bersama gaunnya yang turut serona warnanya. Siap pakai rantai bagai. Syafiqa terpegun melihat rakannya itu. "Nak usha boleh?" gurau Syafiqa sambil mengedip-ngedipkan matanya. "Tak boleh. Nani tak ingin dengan orang yang pakai t-shirt dengan tracksuit," kata Nani dalam ungkapan yang sinis sambil menarik Syafiqa ke arah meja solek di dalam biliknya. Syafiqa bercadang tidak mahu pergi ke majlis tersebut. Kerana tiada kehadiran Hyun Woo yang sering membuatkan dirinya tertawa.

   "Kenapa pula ni?" tanya Syafiqa kepada Nani yang sudah mengambil alat solek untuk disolekkan ke atas wajah gadis yang tidak suka bersolek itu. "Saki pergi ambil semua barang-barang yang kita perlukan", arah Nani kepada Saki tanpa menjawab pertanyaan Syafiqa. "Duduk diam, jangan buat apa-apa", marah Nani kepada Syafiqa kerana setiap kali wajah itu ingin disolek pasti ditepis. "Kenapa gaya Iqa macam tak nak pergi majlis itu?" tanya Nani kepada gadis yang sudah diam tidak berkutik itu. Syafiqa sebenarnya takut untuk melihat temannya itu marah kerana Nani jarang sekali untuk memarahi dirinya. Tapi sekali kalau dia marah, habislah..

   "Tak de kawanlah nak pergi', keluh Syafiqa. Kemudian Syafiqa pun menceritakan kepada Nani yang masih ralit menyolek wajahnya. Maklumlah Nani ni memang pandai dalam soal touch-up, mentouch-up ni. Saki juga sedia mendengar kisah temannya itu setelah mengambil barang-barang yang disuruh oleh Nani tadi. Setelah menyolek beberapa minit, Nani suruh menyuruhnya menukar pakaian dan berhias. Setelah Syafiqa keluar daripada bilik air, teman-temannya terpana melihat Syafiqa walaupun tiada secalit senyuman di wajah itu tetapi cukup membuatkan sesiapa yang meilihatnya tertawan. "Jom!" ujar Nani sambil menghidupkan enjin kereta Lamborghini nya. Syafiqa tidak tahu rupanya kini bagaimana, sebab dia tiada keinginan untuk melihat dirinya. Burukkah dia? Cantikkah dia? Entahlah..

   Nani dan Saki sudah bergegas menuju ke belakang pentas untuk membuat persiapan. Kini hanya tinggal dirinya yang melangkah masuk ke dalam dewan yang sudah bertukar rupa 100%. Dalam hatinya kagum melihat keindahan dewan yang telah dihias sebegitu cantik. Semua hadirin memandang ke arah wajah Syafiqa yang ralit merenung setiap perincian yang terdapat di dalam dewan itu. Hadirin lelaki tersengih-sengih, yang perempuan pula bisik-membisik. Syafiqa perasan segala perlakuan mereka cuma dia bersangka baik saja. Dia terus menyusun langkah menuju ke ruang makan. Kerana dia memang lapar dari tadi.

   Setelah mengambil makanan, dia ingin mencari meja yang kosong pula. Syafiqa ternampak kelibat Seungri yang melambai-lambai ke arahnya. Syafiqa pun duduk di sebelah Seungri kemudian dia ralit memandang ke arah setiap wajah yang duduk di meja bulat itu. Matanya terhenti ke arah wajah yang sangat dikenalinya. Ji Yong. 'Handsomenya dia' desis hati kecil Syafiqa. Syafiqa memberikan senyuman ke arah Ji Yong tetapi dibalas dengan senyuman sinis dan mata yang menjeling maut. Perempuan di sebelahnya pula mengelus-elus lembut pipi Ji Yong. Syafiqa hanya buat tidak endah lalu menyuap makanan ke dalam mulutnya. Ji Yong tersentak dengan tindakan selamba Syafiqa. 'Tidak cemburukah dia?' soal hati kecil Ji Yong.

   Sewaktu Syafiqa melangkah ke dalam dewan, mata Ji Yong terus tertancap pada wajah gadis itu. Dia begitu terpesona melihat gadis itu. Bagaikan tidak percaya bahawa gadis yang polos itu begitu cantik apabila disolek dengan solekan yang tipis. Dia mencari kelibat pasangan Syafiqa, tapi dari tadi dia tidak nampak sesiapa yang mendekati gadis itu. 'Entah-entah dia tipu tak? Saja tak nak pergi dengan aku. Dasar perempuan jual mahal! Dia ingat aku ni terhegeh-hegeh kat dia ke?' desis hati jahat Ji Yong.

   "Datang sorang je ke malam ni?" bisik Seungri ke telinga Syafiqa. Syafiqa tidak hairan mengapa Seungri berbisik kepadanya. Kerana di dalam dewan itu sangat bising dengan muziknya, orang karaokelah. Dia hanya mengangguk untuk menjawab soalan Seungri.  "Awak cantik sangat malam ni. Saya macam dah tergoda", bisik Seungri lagi. "Hahaha.Tolonglah jangan nak bergurau", gelak Syafiqa sambil memukul lengan Seungri. Syafiqa memang tidak perasan dengan tindakan spontannya itu. Ji Yong berasa hatinya membuak-buak setiap kali dua orang tu berbisik-bisik. Benar-benar mencabar kegoannya. Kalau tidak mengenangkan Seungri itu sahabatnya dah lama lelaki tu makan penumbuk.

    "Untuk pengetahuan anda semua, malam ni kita ada pertandingan Prom. Kami akan menilai anda semua dari segi semua aspek. Puteri yang memenangi pertandingan ini akan digelar Quenns of Prom, dan putera yang memenangi pula digelar King of Prom. Keputusan akan diumumkan pada akhir majlis nanti", ujar Saki memberi penerangan tentang pertandingan tersebut. Semua hadirin bertepuk tangan setelah temannya yang memakai gaun berwarna ungu tu membuat penerangan. Kemudian kedengaran Nani berceloteh sambil memperkenalkan persembahan yang akan diadakan pada malam itu.

   Ada persembahan nyanyian, pertandingan ratu cantik dan lain-lain. Sesekali Syafiqa ketawa kemudian bersorak kepada pelawak yang bernama Daesung itu. Dan setiap kali itulah Ji Yong akan mengambil gambar menggunakan kamera Nikkonnya. Ji Yong pun tidak tahu mengapa dia mengambil gambar gadis itu walaupun dia marah apabila setiap kali teringatkan dengan adegan yang menyakitkan sanubarinya. Kadangkala, Syafiqa perasan bahawa setiap kali dia bersorak pasti disambut dengan pancaran cahaya dari sebuah kamera. Tetapi dia hanya berfikiran positif, mungkin Ji Yong mengambil gambar orang yang membuat persembahan yang berada di belakangnya. 'Dia ni takkanlah tak perasan aku ambil gambar dia? Biar betul perempuan ni. Ke dia buat-buat tak tahu' desis hati kecil Ji Yong.

   Oleh kerana terlalu geram dengan kepolosan Syafiqa,dia menyambut tangan gadis di sebelahnya itu lalu menghampiri Seungri untuk memberitahu bahawa dia keluar sebentar. Syafiqa hanya memandang sambil tersenyum ke arah pasangan Ji Yong yang menggenggam tangan kanan Ji Yong. 'Cantiknya dia' puji Syafiqa di dalam hatinya. 'Ek eh boleh tersenyum pula dia. Dia ni memang menguji kesabaran aku betullah' geram Ji Yong di dalam hatinya. Syafiqa hanya memandang ke arah pasangan yang sudah melangkah keluar dari dewan itu.

   Setelah beberapa minit di dalam dewan itu, matanya mula rasa mengantuk. Syafiqa berdiri lalu memberitahu kepada Seungri bahawa dia ingin pergi ke tandas. Setelah keluar daripada washroom, kelihatan dua orang sedang berada di hadapannya. Yang lelaki menghalang permpuan yang berada di hadapannya dengan kedua-dua belah tangan sasanya. Yang perempuan pula mengelus-elus lembut pipi pemuda tadi. Apabila diamati wajah jejaka tersebut, hatinya berkocak. 'Ji Yong!' jerit hati Syafiqa.




0 message from u