Miss Simple
D'Owner



Assalamualaikum and Hello ! The name is Nurul Syafiqa . Welcome to my Fanfiction . Just be who you are :)
Diary About Links

D'Stalker




D'Credits


Template by : Atirah Hayati
Image by : WeHeartit|Cute Secrets
Best view : Google Chrome



Bab 6

   Syafiqa memangku kepala Hyun Woo di atas ribanya sambil mengusap kepalanya yang dibasahi peluh. "Kenapa awak buat macam ni?" soal Syafiqa risau dengan keadaan Hyun Woo yang agak penat. " Kan awak yang suruh saya buat macam ni kalau nak kawan dengan awak. Jadi sekarang ni saya jadi kawan awaklah kan?" tanya Hyun Woo sambil menghiaskan senyuman di bibirnya. "Dahlah tu, awak boleh bangun tak"? soal Syafiqa pula tanpa menjawab pertanyaan pemuda tersebut. "Rasanya tak boleh sebab saya rasa urat kaki saya ni tergeliat sikit", jawab Hyun Woo. "Kalau macam tu saya suruh orang lain bawa awak pergi bilik sakit. Sebab kaki saya yang terseliuh tu belum baik lagi", balas Syafiqa.

   Setelah Hyun Woo diperiksa oleh doktor, Syafiqa menghampiri Hyun Woo. "Awak tunggu sekejap kat sini boleh tak?" soal Syafiqa lalu bangun untuk beredar dari situ. "Awak nak pergi mana. Janganlah tinggalkan saya. Boleh tak awak teman saya duduk sini?" rayu Hyun Woo sambil memegang pergelangan tangan gadis di hadapannya itu. "Saya tak pergi mana-manalah. Sebenarnya saya nak ambil minyak kat almari tu. Bukannya jauh sangat saya nak tinggalkan awak.", balas Syafiqa pula sambil mengenyitkan sebelah matanya. Hyun Woo ketawa dengan percakapannya yang keterlaluan sedikit.

   Syafiqa bercadang untuk memberikan makanan kepada Hyun Woo sebelum kaki pemuda tersebut diurut."Nah, awak makanlah bubur ni. Awak mesti belum makan", teka Syafiqa sambil menyuakan semangkuk bubur sayur kepada Hyun Woo. "Awak suapkan untuk saya boleh tak", balas Hyun Woo sambil mengelipkan matanya beberapa kali. "Mengada-ngada. Yalah. Buka mulut", ujar Syafiqa. Sebenarnya dia masih rasa bersalah kerana marah Hyun Woo dan menyuruh pemuda tersebut berbuat demikian. Padahal dirinya marahkan orang lain. Syafiqa berasa kesal kerana perasaannya yang melepaskan geram di tempat yang salah."Wah, sedapnya", ujar Hyun Woo teruja."Lah makan bubur pun sedap", usik Syafiqa. "Mestilah. Kalau awak yang suapkan mesti semua makanan jadi sedap", balas Hyun Woo.

   Setelah memberi pemuda tersebut makan. Syafiqa pun menyelak seluar Hyun Woo ke paras lutut dengan tujuan untuk mengurut kaki pemuda tersebut. 'Lembutnya tangan dia' hati kecil Hyun Woo terdetik lalu melelapkan matanya kerana terasa dirinya sedang dibelai..Syafiqa ingin menyelimuti pemuda yang sedang terlena di hadapannya. 'Comel pula mamat ni kalau tidur' hatinya terdetik. 'Ewah-ewah menggatal pula kau eh' kata hatinya yang satu lagi. Tiba-tiba Syafiqa tersandung lalu terjatuh di sebelah Hyun Woo. Hyun Woo mengiring ke arah kanannya dan tersedar dari tidurnya kerana terdengar Syafiqa menjerit. Pemuda tersebut membuka matanya lalu memandang ke arah wajah gadis impiannya begitu hampir dengannya. Setelah beberapa detik mereka bertatapan, kedengaran seseorang memasuki bilik tersebut dengan renungan yang amat tajam.

0 message from u