
|
D'Owner ![]() Assalamualaikum and Hello ! The name is Nurul Syafiqa . Welcome to my Fanfiction . Just be who you are :) D'Stalker ![]() D'Credits ![]() Template by : Atirah Hayati Image by : WeHeartit|Cute Secrets Best view : Google Chrome ![]() |
Bab 1`
Usai meletakkan barang-barangnya ke dalam almari, Syafiqa melangkah menuju ke balkoni tempat tinggalnya yang didiami olehnya, Nur Sakinah dan Affina Hanani. Syafiqa berasa sungguh tenang apabila melihat keindahan bintang-bintang yang mengeluarkan cahaya berkelip-kelip di langit. Tiba-tiba terdapat sebuah cawan yang berisikan air milo disuakan padanya. Apabila Syafiqa melihat siapakah gerangannya dia amat mengenalinya sejak di sekolah menengah lagi, iaitu Affina Hanani ataupun yang disenangi dipanggil Nani. "Eh, Nani. Ingatkan sape tadi. Dah siap kemas barang ke?" "Belum lagi, tinggal sikit saja lagi", jawabnya. "Mana Sakinah?"ujar Syafiqa. "Oh, dia.."Serta-merta ada orang lain yang menyampuk percakapan Nani. "Hah! Apa mengumpat orang ni?" "Eei.. Tolong sikit.. Tak ada maknanya kitaorang nak mengumpat pasal Saki. Betul tak Nani?" balas Syafiqa. "Betul. Saki tu bukannya popular sangat macam artis sampai kitaorang nak mengumpat. Lagipun apa kelas nak ngumpat-mengumpat ni menambahkan dosa je"ujar Nani sambil mengangguk tanda mengiakan kata-kata Syafiqa. "Oh... Tadi Saki dengar korang ada sebut nama Saki. Dahlah malas nak layan korang ni. Saki nak sambung kemas baju."Saki pun menyambung kerjanya yang tertangguh itu. "Nani pun nak masuk dalam.Syafiqa tu! Jangan lama sangat duduk kat luar ni. Tak elok", nasihat Nani kepada Syafiqa. "Yelah, yelah. Nak masuklah ni," jawabnya sambil menutup tingkap balkoni tersebut. Syafiqa terus menghempaskan tubuhnya di atas katil tanpa menkar pakaian tidur lantas menyembamkan mukanya ke atas bantal kerana terlalu penat akibat orientasi yang disertai pelajar-pelajar yang ingin memulakan semester baru di Universitas Nasional Seoul. "Tak sabarnya nak mula kelas esok!", ujar Syafiqa. Tanpa disedarinya Syafiqa terlelap dengan nyenyaknya. Tiba-tiba Syafiqa berada di tempat yang tidak pernah dikenalinya sedangkan tadi dia berada di rumah dan sedang merehatkan tubuhnya. Dia tertanya-tanya siapakah yang membawa dia ke sini. Syafiqa pun berlari ke merata tempat tetapi tidak menemui jalan keluar dari situ. Tiba-tiba dia terlihat sesusuk tubuh yang tidak jelas kelihatan menghampirinya. Syafiqa pun menjerit meminta pertolongan lalu dia berasa ada seseorang yang menggoncangkan tubuhnya. "Syafiqa bangun, bangun cepat", sayup-sayup kedengaran. Syafiqa pun membuka matanya dan Sakinah sedang memarahi Syafiqa di sisi katil sambil membetulkan tudungnya. "Oi! Bangun cepatlah nanti terlambat", ujar Nani pula. Sekarang pukul berapa?"tanya Syafiqa pula. "Dah pukul 7.30 wahai tuan puteri yang mamai", jawab Sakinah. Syafiqa terus berlari dengan terkocoh-kocoh menuju ke bilik air. Tidak sampai 5 minit, kelihatan Syafiqa sudah memakai baju t-shirt berlengan panjang berwarna merah jambu dan dikenakan dengan tudung berwarna putih yang hampir sama warnanya dengan seluar yang telah disarung. Mereka bertiga berlalu pergi dan Nani menutup pintu rumah sewa mereka dan turut mengejar kawan-kawannya yang lain. ♥ 0 message from u |